Sudi-Sudi Ikut Saya...

Khamis, 23 April 2015

Lengat Pisang

Letak gambar ngan resepi pagi-pagi ni. Kejap lagi nak bergegas ke dewan, jaga Exam...

Lengat pisang ni antara menu masakan yang menjadi pilihan kat dapur saya.

Kegemaran En. Tahiri dan anak-anak...


Lengat Pisang 
by Shikin 

Bahan-Bahan 
5 biji pisang abu - kalau dapat yang ranum tu lagi sedap 
1 cawan tepung gandum/beras 
1 cawan santan 
3/4 cawan gula pasir - boleh dikurangkan kalau pisang dah manis. saya guna 1/2 cawan.

Cara buat 
Lecek pisang (saya blend bersama gula sampai halus) 
Masukkan santan. Kacau sebati. 
Masukkan tepung sedikit demi sedikit. 
Tengoklah kalau adunan dah pekat tak perlu habiskan kesemua tepung. Kalau masih cair boleh tambah tepung sikit lagi(sambil-sambil tu boleh lah panaskan periuk kukusan) 
Tuang adunan kedalam loyang dan kukus selama 30-45 minit atau sampai kuih masak. 
Sejukkan sebelum dipotong.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Terdapat ralat dalam alat ini