Dodol Noxxa

NOXXA PC...fenomena sungguh. Skrg ni rata-rata org duk cakap pasal noxxa. Saya ni dr x minat sangat (dulu2 la) sampai la terjebak ( dah beli pun hihihi)

Ada la beberapa jenis masakan yang saya sempat try guna noxxa .. Setakat ni.. not bad la. Memang mempercepat dan memudahkan urusan memasak. I like it... 

Ok yang pertama sekali saya cuba adalah dodol. Macam tak caya pula boleh masak dodol. Tak penah berangan pun sbb dah bayang mcmnlah nak mengacau dodol gaya tradisional tuh. Tapi dengan noxxa, boleh bha kalo kau...hihi

Ekceli dodol noxxa ni x la happening sgt macam dodol kekdah tradisional tu..tp bolehla kalo dah teringin sangat nak makan...

Nah saya tempek resepi dengan cara masak dodol guna noxxa...(resepi ni saya dapat bersama2 periuk noxxa yang saya beli)


Dodol Noxxa
By Shikin

Bahan
1 cawan tepung pulut
1 sudu besar tepung beras
1/2 cawan gula
1 cawan santan *
1 cawan gula merah * (blend sekali bahan bertanda * kemudian tapis )
1 helai daun pandan
Sedikit garam

Cara
  1. Blender semua bahan hingga sebati. Tuangkan ke dalam periuk tekanan. Set butang 'steam' selama 4 minit dan halakan tombol atas tudung ke arah 'steam' juga.
  2. Setelah habis 4 minit buka tudung dan kacau cepat-cepat hingga adunan pekat dan likat.
  3. Ulang langkah 2 sebanyak dua kali ( keseluruhan masa memasak adalah 12 minit)
  4. Setelah habis 4 minit terakhir tekan butang off. Buka tudung dan kacau. Kemudian bolehla diangkat dan dihidangkan..
p/s : Daya tahan dodol noxxa ni x la setahan dodol yang dikacau dalam kawah. Tp yang saya buat ni untuk 3 hari tu masih ok. X berkulat. Hari ke empat? Tak sempat masuk hari ke empat sebab semuanya dah selamat masuk dalam perut...hihihi

Ulasan

  1. terima kasih admin.malam ni dah berjaya buat dodol ikut resepi yg diberi.alhamdulillah .syukur.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kerepek Ubi Kayu

Rendang Daging Noxxa

Makaroni Goreng