Sudi-Sudi Ikut Saya...

Jumaat, 2 Oktober 2015

Rendang Daging Noxxa

1st try masak rendang daging guna periuk noxxa. Ambik masa tak lama. Lebih kurang 1 jam macam tu. Hasilnya...sangat memuaskan. Daging pun lembut elok ja...

Resepi rendang daging yang biasa saya gunakan, cuma cara memasak menggunakan periuk noxxa memudahkan cara memasak.


Rendang Daging Noxxa
By Shikin

Bahan-Bahan
1 kg daging - potong kecil kmdn basuh dan toskan
15 tangkai cili kering*
10 ulas bawang merah* (kisar bahan bertanda * sampai lumat)
5 batang serai - dititik
2 inci lengkuas - diketuk
2 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
2 tangkai daun limau purut
Sehelai daun kunyit - simpulkan
garam secukup rasa

Cara
Masukkan daging, bahan kisar, serai, lengkuas dan santan ke dalam periuk. Kacau rata.
Tutup periuk. Setkan butang HP pada periuk Noxxa selama 30 minit. Alihkan juga tombol tekanan kepada pressure. Tekan On dan biarkan sampai masa tamat. 
Setelah masa tamat, alihkan tombol tekanan ke titik steam dan lepaskan wapnya.
Buka tudung periuk. Setkan butang stir fry, masukkan daun limau purut dan daun kunyit.
Teruskan memasak sampai rendang agak kering dan pecah minyak.
Sambil2 tu bolehlah diperasakan dengan garam secukupnya

7 ulasan:

  1. Hp pressure 30 minit daging tuh. Dapatkan pressure cooker noxxa od harga sgt istimewa dari akak: pm 019-2494819

    BalasPadam
  2. terima kasih berkogsi ilmu dan bg pengguna noxxa yg baru ia amat berguna...moga Allah rahmati dan murahkan rezeki puan..
    kami boleh cnp..terima kasih byk2 ..senang kami nk rujuk bila time masak

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum
    Tq kongsi resipi ni..cuma nak tanya bila stirfry boleh tak tutup periuk tu sb kuahnya akan merecik bila nak keringkan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak boleh tutup puan...dalam manual ada bgtau...

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  4. Assalamualaikum
    Tq kongsi resipi ni..cuma nak tanya bila stirfry boleh tak tutup periuk tu sb kuahnya akan merecik bila nak keringkan

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Terdapat ralat dalam alat ini