Kerepek Ubi Kayu

Ubi kayu ni hasil tanaman suami saya, En. Tahiri. Saya buatkan kerepek ubi untuknya dengan penuh rasa kasih sayang. 

He he...sebab lama dia duk tanya , "Ummi, ubi tu dah nak tua dah. Nak buat apa-apa ka? Saya pun jawab : abang cabutlah dulu ubi tu. nanti balik kerja kin buatla apa-apa yang patut"



Kerepek Ubi Kayu

Bahan-bahan
Ubi Kayu
Garam 
Minyak

Cara-cara membuatnya
  • Kopek kulit ubi kayu dan bersihkan.
  • Kemudian sagat ubi nipis-nipis di dalam besen yang berisi air garam.
  • Toskan ubi sekejap
  • (Boleh juga sagat ubi terus kedalam minyak yang panas dan ditabur sedikit garam )
  • Goreng ubi dalam minyak yang banyak sehingga berwarna kuning keemasan. 
  • Angkat dan toskan. 
  • Simpan dalam bekas kedap udara.

Ulasan

  1. salam syikin, begitu mudahke nak membuat kerepek ubi, weekend sy akan cuba. sebab saya pernah cuba tetapi kerepek jadi keras smpai x boleh kunyah, ada orang kata rebus dahulu.

    pohon nasihat bagaimana sediakan kerepek ubi yg ranggup. terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam rasimah. saya tak de la pulak petua nak buat kerepek ubi ni. just ikut cara yg sy ckp kat atas. ubi kalau boleh jgn guna yg terlalu tua, dan sagat nipis2. alhamdulillah stkt duk buat dia tak la keras sgt... :)

      Padam
    2. rendam semalaman, buang sagu. Baru rangup

      Padam
  2. kalau nak bagi lembut sikit kerepek ubi kayu tu, tak la keras sampai boleh tikam gusi sampai berdarah, sampai ternganga la mulut, argh argh, orang Kedah dengan orang penang kata keras kedekong kerepek ni.
    nak bagi lembut sikit senang nak kunyah, masukan secamca gulai (camca gulai bukan camca teh, sat lagi pi boh gulai pula) planta kedalam minyak masak tu, masukan sedikit garam, terus sagat dalam kuali tu, kalau masak banyak, selepas angkat yang tu, masukan lagi planta dengan garam tu, kalau tanam ubi kayu, jangan dok takek batang ubi tu atas kayu, dirikan batang ubi tu atas Tanah, takek keliling batang ubi tu dalam 8"-10", pi tanam ubi tua pun tak jadi kayu tepi kulit tu.

    BalasPadam
  3. ni saya nak jual ubi kayu lebih kurang 5tan sapa nak boleh hubungi saya di talian 0196332041

    BalasPadam
  4. Ubi kayu putih kuning RM 1.60 kilo...

    BalasPadam
  5. Terima kasih atas ilmunya.👍👍👍

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Rendang Daging Noxxa

Makaroni Goreng