Sudi-Sudi Ikut Saya...

Selasa, 22 Mei 2012

Kek Batik Cream Crackers

Sesekali mencipta kelainan, nuat kek batik menggunakan biskut cream crackers. Biasa guna biskut marie kan???

Menggunakan resepi daripada Diana SkyBlue Kitchen. Thanks Diana n minta share resepi yer.

Overall, ok jugak rasa kek batik dengan cream crackers ni. Anak-anak pulak makan tanpa komplen apa-apa. Siap memuji lagi. Maklumlah, kalau base coklat, apapun diorang suka. Bagi yang nak cuba buat, boleh tengok resepi kat bawah yer...


Kek Batik Cream Crackers
Sumber : Diana

Bahan²
6 biji telur
250 gm mentega
2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula
1 1/2 cawan milo
1 1/2 cawan Nestle nestum original 
1 tin kecil susu pekat 
Cream Crackers Hup Seng secukupnya
Choc Rice secukupnya

Cara²
  1. Pukul gula bersama mentega hingga kembang.
  2. Kemudian.. masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.
  3. Masukkan susu pekat dan pukul lagi.
  4. Tambahkan tepung gandum, milo dan nestum... Pukul adunan sampai ianya betul² sebati.
  5. Masak adunan menggunakan kuali sehingga adunan pekat.
  6. Tutupkan api dan masukkan cream crackers dan gaul perlahan.
  7. Masukkan adunan kek tadi ke dalam loyang yang telah d lapis dengan aluminium foil dan tekan kek sehingga rata dan padat.
  8. Taburkan choc rice d atas kek.
  9. Simpan d dalam peti ais sebelum d potong.
  10. Boleh juga d buat seperti d bawah nie yer...
  11. Sediakan loyang yang telah d lapis dengan aluminium foil dan letakkan sedikit adunan kek tadi.. ratakan.
  12. Kemudian susun cream crackers d atasnya .. Lapiskan berselang seli sehingga adunan habis.
  13. Taburkan atasnya dengan choc rice... Simpan d dalam peti ais sebelum d potong...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Terdapat ralat dalam alat ini