Makaroni Goreng

Salam semua...

Lamanya tak buat entry, alih-alih bila nak update blog,blogger dah berwajah baru ...

Hmm...fenin-fenin gak sementara nak biasa.

K la...takmo pot pet banyak2 coz nak masukkan resepi cepat-cepat.

Makaroni ni saya goreng untuk acara makan petang dengan mak, abah dan adik-adik saya sempena cuti hari pekerja.


Makaroni Goreng
by Shikin

Bahan-Bahan
1 bungkus makaroni (saya guna jenis spiral) - rebus sampai kembang dan toskan
300g daging kisar
2 biji bawang putih - cincang halus
1 labu bawang besar -potong dadu
5 sudu besar cili kisar
1/2 tin kecil tomato puri
2 sudu besar cili sos
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 cawan air
2 batang lobak merah - potong dadu
2 tangkai cili merah - cincang
1 sudu besar mix herbs
garam dan gula secukupnya
sedikit minyak untuk menumis


Cara
  1. Panaskan minyak,tumis bawang putih dan bawang besar sampai layu.
  2. Masukkan cili kisar.Masak sampai cili garing.
  3. Masukkan pula tomato puree dan sos cili. Gaul sebati. 
  4. Masukkan daging kisar dan air. Perlahankan api. Biar mereneh sampai  daging lembut dan kuah agak pekat.
  5. Tambahkan serbuk lada hitam ,mix herbs serta garam dan gula secukupnya.
  6. Kmdn masukkan pula lobakmerah dan cili merah. Kacau sebati.
  7. Akhir sekali masukkan makaroni yang telah direbus sampai kembang. Teruskan menggoreng sampai makaroni sebati dengan kuah.
  8. Padamkan api, bolehlah dihidangkan mengikut citarasa  masing-masing.
p/s: gambarnya saya masukkan kemudian yer...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kerepek Ubi Kayu

Rendang Daging Noxxa

Suci Dalam Debu