Sudi-Sudi Ikut Saya...

Rabu, 25 Jun 2014

Mee Sanggul Goreng

Menu biasa di dapur saya...



Mee Sanggul Goreng
By Shikin

Bahan2
1 peket mee sanggul - rendam sampai lembut
3 ulas bawang putih - diketuk
3 sudu besar cili kisar *
2 sudu besar sos cili*
1 sudu besar sos tomato*
1 sudu besar kicap* (qtty bahan bertanda * boleh diubahsuai ikut citarasa masing2)
2 biji telur -
sotong, udang, ayam (ikutlah nak letak apapun, saya guna sotong)
sawi, kobis, karot (saya letak sawi)
garam dan gula secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis

Cara2
Panaskan minyak, tumis bawang putih sehingga berwarna keemasan
Masukkan cili kisar. kacau sehingga cili masak
Masukkan sos cili, sos tomato dan kicap. kacau lagi.
Masukkan sotong, sayur2 yang keras (batang sawi, karot ect)
Perisakan dengan garam dan gula secukupnya
Pecahkan telur, kacau sekejap, terus masukkan mee sanggul yang telah ditoskan. Kacau sebati
Masukkan sawi. Kacau sebentar. Padamkan api.
Media untuk dihidangkan

4 ulasan:

  1. Sedap2...biasa mak sy buat ni...lg sedap dri mee kuning...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul asyifa mustaffa. Mee sanggul lagi sedap drpd mee kuning... :)

      Padam
  2. Balasan
    1. Jemput makan Bbwana adienia...hihihi

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Terdapat ralat dalam alat ini