Sudi-Sudi Ikut Saya...

Khamis, 5 Mac 2015

Cuq Udang Bendang



Cucur Udang My Style 
By Shikin 

Bahan- Bahan Untuk Cucur 
2 cawan tepung gandum 
2 sudu besar tepung kastad
3 sudu besar  tepung jagung 
Udang 
Taugeh 
Kuchai/Daun Bawang 
Garam dan air suam secukupnya (Buat air garam. Masin dia tu, kira bagi sedang eloklah bila dibancuh ngan tepung nanti) 
Minyak untuk menggoreng 

Cara buat 

  • Campurkan kedua-dua jenis tepung. Tuangkan air garam. (Guna air suam bertujuan untuk melembutkan cucur) 
  • Bancuh sampai tepung sebati dan tidak berketul-ketul. Kepekatan adunan tu boleh agak-agak lah ye. Jangan pekat @ cair sangat. Biar sedang-sedang jer...( Timbuk-timbuk sikit untuk menghilangkan udara dalam tepung) 
  • Masukkan udang. Gaul sebati dalam adunan tepung. 
  • Masukkan pula taugeh dan kucai/daun bawang. Masa ni tepung tu kaup balikkan pelan-pelan supaya taugeh tak patah-patah atau hancur. 
  • Bila semua bahan dah bergaul mesra bolehlah digoreng dalam minyak yang panas dan banyak. 
  • Angkat dan hidangkan bersama kuah kacang, tauhu goreng dan timun.(Hari ni cicah ngan sos biasa je)


*kalau cara saya, saya  goreng dengan cara melerek tepung tu di dinding kuali. Bila masak cucur akan jadi leper dan garing. *Boleh juga dijemput dengan tangan atau pakai sudu. Ikut keselesaan masing-masinglah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Terdapat ralat dalam alat ini