Sudi-Sudi Ikut Saya...

Rabu, 15 Julai 2015

Green Peas Cookies aka Mazola Kacang Peas

Ini biskut kedua yang saya buat tahun ni... dan paling win rasanya. Dah sebalang abis dikudap suami dan anak2. Saya ambik resepi dari blog Izza Akma.


Green Peas Cookies aka Mazola Kacang Peas
By Shikin

Bahan2
120gm tepung kacang peas
180gm tepung gandum

20gm santan serbuk
100gm gula aising

1/8 tsp baking powder
1/4 tsp garam
120gm minyak mazola

Hiasan
1 kuning telur + sedikit susu cair + sedikit minyak mazola

Cara
Sangai sebentar tepung kacang peas. Sejukkan seketika.

Campurkan semua bahan, masukkan minyak mazola dan uli sampai sebati. Rehatkan doh 10 minit.
Ambil sedikit adunan, bulat-bulatkan ( saya timbang doh seberat 7gm setiap satu)
Sapu kuning telur di atas biskut.
Bakar 160c selama 20 minit atau sehingga biskut masak.
Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Terdapat ralat dalam alat ini