Sudi-Sudi Ikut Saya...

Isnin, 28 Oktober 2013

Daging Kuda Goreng Bawang

Pernah makan kuda? Ya...K.U.D.A...Kuda... :)


Baru2 ni En. Tahiri tolong kawan dia melapah kuda yang disembelih. Seekor kuda diorang bahagi 4. Banyak jugalah yang En. Tahiri bawa balik kerumah.

Kelam - kabut tanya sedara mara dan jiran2 sapa nak daging kuda. Dah bagi kat orang pun masih banyak lagi dalam peti ais tu. Daging yang ada tu saya masak sikit-sikit. Sebab yang makan En. Tahiri dan anak-anak. Saya tak lalu. Tak boleh nak telan...

Masak simple2 pun En. Tahiri kata sedap. Dah dia suka daging kuda tu...sedaplah kott.


Daging Kuda Goreng Bawang
By Shikin

Bahan-Bahan
Daging Kuda
Bawang Merah
Bawang Putih
Bawang Besar
Halia
Cili merah / cili padi
Serbuk kunyit
Garam secukupnya
Minyak

Cara-Cara
  • Hiris daging ikut saiz yang disukai. Gaul dengan garam kunyit. 
  • Panaskan minyak. Masukkan daging. Goreng hingga hampir masak. 
  • Taburkan bahan-bahan hiris. 
  • Teruskan menggoreng sanpai bawang layu dan daging masak dengan sempurna. 
  • Pastikan semua secukup rasa. 
  • Padamkan api. 
  • Sedia untuk dihidang.

4 ulasan:

  1. tak pernah makan lagi daging kuda...
    mcm mana rasa agaknya...

    BalasPadam
  2. memang x pernah makan daging kuda ni..apapun, Nampak menarik dan sedap la..

    BalasPadam
  3. Rasa mcm daging lembu jugak. Cuma daging kuda ni tak banyak lemak dan panas kalau makan banyak. Tapi tu la, bila bayangkan kuda mmg tak boleh nak telan...hehehe

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Terdapat ralat dalam alat ini