Sudi-Sudi Ikut Saya...

Khamis, 9 Oktober 2014

Nasi Lemak Kuning

Layan nasi lemak pepagi ni memang best. Nak2 pulak nasi lemak yang dibuat sendiri. Memang puaih la makan. Bertambah2 lagi tu...

Tumpang letak resepi dan gambar sebab nasi lemak ni sebenarnya dah lama hadam dalam perut...hihihi


Nasi Lemak Kuning
By Shikin

Bahan-Bahan

Untuk Nasi

3 pot beras
Santan
Air
Garam
1/2 sdt halba
1/2 sdt lada hitam
1 inci halia - hiris memanjang
Sedikit pewarna kuning
3 helai daun pandan - simpulkan

Cara-cara
Basuh beras bersih2 dan toskan. Kmdn masukkan kedalam periuk.
Tuang santan dan air secukupnya.
Masukkan halba, lada hitam, halia, pewarna kuning dan daun pandan.
Perasakan dengan garam secukup rasa
Tekan butang periuk nasi, biarkan sampai nasi masak.
Hidang nasi bersama-sama sambal dan bahan pelengkap

Untuk sambal
20 tangkai cili kering
2 biji bawang besar (Sebiji dikisar dengan cili kering. Sebiji lagi dihiris)
1 keping asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara
Panaskan minyak. Tumis cili yang telah dikisar dengan bawang besar. Biarkan sampai pecah minyak.
Masukkan garam dan gula secukupnya. Masukkan juga asam keping.
Tuangkan air secukupnya. Agak2lah supaya sambal tak terlalu cair atau pekat sangat.
Masukkan hirisan bawang besar dan ikan bilis goreng. Saya asingkan ikan bilis, tak masuk kedalam sambal.
Biarkan sambal mendidih dan pecah minyak.
Padamkan api. Sedia dimakan dengan nasi lemak.

Bahan Pelengkap
Telur rebus / telur goreng
Ikan bilis goreng
Kacang tanah goreng
Timun

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Terdapat ralat dalam alat ini