Roti Jala, Pengat Durian & Sandwich Simple


Juadah berbuka puasa kami kelmarin. :)


ROTI JALA
By Shikin 
Sumber : Reenkhan 

Bahan-bahan 
2 cawan tepung gandum 
1 cawan santan pekat 
1 1/2 air 
garam secukup rasa  
2 warna yang berbeza (guna pewarna hijau saja) 
1 biji telor 

Cara 
Blend kesemuanya. 
Tapiskan adunan supaya tidak berketul2 
Bahagikan 2 bahagian 
Warnakan 1 bahagian warna yang berbeza dan 1 bahagian lagi warna yang lain 
Masuk kan kedalam botol muncung 3 
1 botol picit secara melintang di atas non-stick pan 
1 botol lagi warna yang berbeza picit secara menegak Biarkan roti jala masak Angkat daripada pan. 
Warnakan dengan pewarna hijau
Jala seperti biasa dengan acuan roti jala
Gulung @ lipat mengikut citarasa masing-masing 

Pengat Durian
By Shikin

Bahan-Bahan
Durian 
Santan 
Gula 
Garam 
Daun Pandan (carik-carik dan simpulkan) 

Cara-Cara 
Masukkan isi durian kedalam periuk. Masukkan santan. Masak dengan api perlahan sehingga mendidih. 
Masukkan gula secukupnya. Masukkan daun pandan. Masukkan juga secubit garam. 
Teruskan memasak sehingga semuanya sebati. 
Rasa kuahnya, kalau cukup lemak dan manisnya padamkan api. 
Bolehlah dihidangkan. Sedap dicicah dengan roti jala atau roti.


Sandwich Sardin 
by Shikin 

Bahan-bahanny
Roti Putih (saya guna roti gardenia) 
Mentega/Marjerin 
Mayonis Salad 
Timun
Tomato (Optional) 

Cara-cara 
Ambil 2 keping roti, sekeping disapu butter, sekeping lagi sapu mayonis. 
Kemudian sapukan inti sardin ke atas roti yang telah di sapu mayonis. 
Letak daun salad dan hirisan timun dan tomato (sekiranya ada) Letakkan roti yang disapu mentega diatasnya. 
Kalau nak potong, potonglah ikut bentuk yang disukai. 
Boleh juga dibakar dalam sandwich maker untuk dijadikan sandwih bakar

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kerepek Ubi Kayu

Rendang Daging Noxxa

Makaroni Goreng