Roti Jala, Pengat Durian & Sandwich Simple
Juadah berbuka puasa kami kelmarin. :)
ROTI JALA
By Shikin
Sumber : Reenkhan
Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
1 cawan santan pekat
1 1/2 air
garam secukup rasa
2 warna yang berbeza (guna pewarna hijau saja)
1 biji telor
Cara
Blend kesemuanya.
Tapiskan adunan supaya tidak berketul2
Warnakan dengan pewarna hijau
Jala seperti biasa dengan acuan roti jala
Gulung @ lipat mengikut citarasa masing-masing
Pengat Durian
By Shikin
Bahan-Bahan
Durian
Santan
Gula
Garam
Daun Pandan (carik-carik dan simpulkan)
Cara-Cara
Masukkan isi durian kedalam periuk. Masukkan santan. Masak dengan api perlahan sehingga mendidih.
Masukkan gula secukupnya. Masukkan daun pandan. Masukkan juga secubit garam.
Teruskan memasak sehingga semuanya sebati.
Rasa kuahnya, kalau cukup lemak dan manisnya padamkan api.
by Shikin
Bahan-bahannya
Roti Putih (saya guna roti gardenia)
Mentega/Marjerin
Mayonis Salad
Timun
Tomato (Optional)
Cara-cara
Ambil 2 keping roti, sekeping disapu butter, sekeping lagi sapu mayonis.
Kemudian sapukan inti sardin ke atas roti yang telah di sapu mayonis.
Letak daun salad dan hirisan timun dan tomato (sekiranya ada) Letakkan roti yang disapu mentega diatasnya.
Kalau nak potong, potonglah ikut bentuk yang disukai.
Boleh juga dibakar dalam sandwich maker untuk dijadikan sandwih bakar
Ulasan
Catat Ulasan