Nasi Goreng Ajer...

Tengahari ni saya cuma buat nasi goreng aje untuk en. suami dan Aiman. Masak simple2, main campak apa yang ada dalam fridge tu. Tu pun Aiman tak henti2 sebut,sedapnya ummi... 

Hurm...Aiman...kalau dapat nasi goreng bubuh telur,kicap dan sos suka benar la dia.



Ni nasi goreng untuk Aiman. Just nasi, telur,sos dan kicap. Mmg feveret dia ni. Nasipun tak pedas. Laju la dia makan.



Tengok tu,kan main suker nye dia dapat nasik goreng pujaaan hati. Ummi pulak siap decorate ala2 kedai gitu. Lagik suker la dia.



Ni pula untuk en. suami. Nasik goreng kampung versi ummi, keropok goreng (ekceli dah seminggu goreng kopok tu, simpan dalam tupperware lupa nak makan. So,abis kan tengahari ni). Saya goreng kan juga ikan pekasam dengan cili dan bawang (ikan pekasam ofismate - tq Ta)



He he...sempat gakitik Deena berposing dalam pinggan tu. (Nasib baikla ko itik mainan,klau tak...selamatla...)

Apapun hidangan tengahari licin licau dihabiskan oleh kedua2 beranak ni. Puas rasa hati bila dengar Aiman sebut "terima kasih ummi kerana masak nasik yang sedap ni untuk saya...") Besar maknanya ucapan itu untuk seorang Ummi macam saya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kerepek Ubi Kayu

Rendang Daging Noxxa

Suci Dalam Debu