Petang ni Mee Sanggul Goreng pulak

Amboi2 tuan rumah ni, mentang2 la skrg ni tengah cuti macam rajin pula dia memasak (he..he..ekceli tengahari tadi x masak pun coz hasben tak balik makan kat umah. En. hasben mengiring student dia ke kejohanan silat kat air hitam)


So, petang ni siap sedia dengan mee sanggul goreng ni menanti kepulangan en. suami yang tercinta. 

Sbnrnya mee sanggul ni dah seminggu saya beli semasa mendengar kuliah Ust.Shamsuri dimasjid al-Muttaqin. Keluaran bumiputera, ofcourse la 'Halalan Toyyiba', sebab tu saya beli.

Ekceli, tak penah masak pun mee sanggul ni. Biasa masak mee kuning or mee megi ajer. So, try ajela petang ni. Bahan-bahan pun apa yang ada dalam fridge...

Inilah hasilnya.....





Rasa mee ni sedap. Tak oily sangat macam mee kuning tu. Aiman dan Deena pun enjoy makan mee ni.Siap menambah-nambah lagi.


Untuk resepi mee sanggul goreng tu..



Mee Sanggul Goreng
By Shikin

Sebungkus mee sanggul - celur ngan air panas bagi lembut
3 ulas bawang putih - dicincang
200gm sotong - hiris bulat
2 keping fishcake - hiris nipis
5 sudu besar cili kisar - kalau nak pedas tambah cili
2 sudu besar cili sos
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap
sedikit minyak untuk menumis
sayur2an (ikut suka)- saya masukkan sawi dan carrot kiub


Cara membuatnya
  • tumis bawang putih hingga naik bau,masukkan cili kisar, biar kan seketika
  • kemudian masukkan sotong dan fishcake,biar hingga pecah minyak
  • masukkan pula sos cili,sos tiram dan kicap
  • perasakan dengan garam dan gula secukupnya
  • kemudian masukkan mee sanggul yang sudah dicelur tadi
  • last sekali masukkan sayur. goreng hingga masak
  • boleh la dihidangkan mengikut kesukaan diri sendiri...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kerepek Ubi Kayu

Rendang Daging Noxxa

Suci Dalam Debu