Kek Batik

Kek batik ni saya buat sempena acara makan-makan kat cubic esok. Memandangkan bahan-bahan dah ada, tinggal nak godek-godek aje so mudahla keje saya. sebenarnya biskut Marie ni dah berbulan saya beli kat C-Mart Changlun. Skrg baru jadi kek batiknya...



Yang ni sebekas untuk dibawa ke tempat keje besok

Yang ni untuk dimakan oleh anak-anak



Hm...mabeles...

Letak jugakla star flake tu...request daripada anak-anak.



Yummy...memang ralit je boleh makan kek ni. Tak sedar org sekeliling...

Sekejap je tinggal separuh bekas



Sebenarnya resepi kek ni saya dapat daripada bekas rakan sekerja saya di SEMEKAR Kudat dulu iaitu Kak Sarimah. Kak Sarimah ni memng anak jati Kudat tapi sekarang dah berpindah ke Johor mengikut suaminya (dah lama lost contact ngan kak sarimah sejak dia berpindah ke Johor. Kalau beliau terbaca coretan saya ni hubungi saya ye kak)Kek ni memang sedap dan menjadi kesukaan anak-anak saya. (Saya pasti kawan-kawan kat ofis saya pun suka..he he). Sekejap aje tinggal separuh bekas. Untuk siapa-siapa yang nakkan resepi bolehlah ambik dibawah ni ..

Kek Batik

Bahan-bahan
1 ketul Butter
1 tin kecil susu pekat manis
1 cawan Nestum
1 cawan air
3 sudu besar serbuk koko
3 sudu besar milo
3 biji telur
Biskut Marie secukupnya

Cara-cara membuatnya(Dengan api perlahan)
1) Cairkan butter.
2) Kemudian masukkan satu persatu susu pekat, air dan telur. Kacau sebati
3) Masukkan pula serbuk koko, milo dan nestum. Pastikan api perlahan. Kacau lagi sehingga adunan pekat.
4) Masukkan biskut marie yang telah dipatah-patahkan 4 sehingga adunan padat.
5) Adunan boleh dimasukkan kedalam loyang atau bekas yang sesuai sebelum dimasukkan kedalam peti sejuk.













Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kerepek Ubi Kayu

Rendang Daging Noxxa

Suci Dalam Debu