Kemarin, saya dengan Ta (rakan sekereta sekerja) stayback kat kolej. Sebenarnya kami bertugas untuk memantau aktiviti jawatankuasa kerohanian sempena MPPB 2011/2012. Lepas isya' baru kami pulang kerumah. Ok, saya tak nak cerita tentang tugas malam semalam sebab n3 tentang tu boleh dibaca kat sini.
Yang saya nak cerita adalah kesempatan saya dan Ta makan-makan petang kelmarin di Kedai Nikmat Tomyam, Changlun. Kedai makan ni terletak ditepi jalan lama Changlun-Sintok.Bersebelahan dengan kedai Bang Li yang kami selalu makan waktu tengahari.
Ekceli, dah lama dengar tentang Nikmat Tom Yam ni. Tu pun setelah promosi besar-besaran dibuat oleh U.Azlan. Cuma tak sempat nak pegi reramai sebab kedai ni mula beroperasi sebelah petang. Jadi kesempatan yang ada petang kelmarin saya dan Ta gunakan sepenuhnya untuk mencupa pelbagai masakan yang ada disini. Konsep kedai ni lebih kepada masakan Thai. hok oghe pattani weih.... Boleh dikatakan semua menu yang ada resepi masakan Thai lah...
Ok, ini menu yang kami order...Ta dengan nasi putih, padprik ayam, dan telur bistik.
|
Ta punya....nasi putih, padprik ayam dan telur bistik. |
|
Telur bistik |
|
Padprik ayam |
|
Kalau makan kedai makanan thai memang selalu diorang bagi sambal belacan ngan ulam timun nih... |
Saya pula memesan nasi goreng Thai dan juga kerabu ikan bilis.
|
Nasi goreng Thai...yang ni saya punya macam saya goreng kat umah jerr... |
|
Kerabu ikan bilis |
Banyak juga order tu sedangkan kami makan dua orang jer...Naik sendat perut dibuatnya. Tentang rasa dan kualiti masakan bagi saya biasa-biasa aja. Boleh la kot bagi satu bintang. Rasanya kalau makan kat Jaguh ataupun Redha best lagi kot...he he.. Untuk sesekali nak ubah selera bolehla mencuba masakan disini
Ulasan
Catat Ulasan