My Mom Chicken Rice

Selalu masak nasi ayam saya guna resepi ni.

Inilah nasi ayam yang selalu dimasak oleh mak saya.

Resepinya simple saja, tapi kalau mak masak memang kami adik beradik makan sampai licin. Sedap sangat rasanya.

Dan hasil resepi mak ni lah yang saya hidangkan untuk suami dan anak2 saya. Suami dan anak2 pun suka.


Nasi Ayam My Mom Recipe
by Shikin

Bahan-Bahan

Bahan Nasi
4 cawan beras
6 cawan @ secukupnya air rebusan ayam 
5 ulas bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1 inci halia - ditumbuk
3 batang serai - diketuk
1 kiub pati ayam 
Rempah tumis 3 sekawan (buah pelaga, bunga lawang dan kulit kayu manis)
Sedikit mentega & minyak sapi @ minyak masak

Cara memasak nasi

  1. Basuh beras bersih2 dan toskan.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan2 tumbuk, serai dan rempah menumis sampai naik bau.
  3. Masukkan beras, goreng seketika.
  4. Alihkan beras kedalam periuk, tuangkan air rebusan ayam.
  5. Masukkan juga kiub pati ayam (hancurkan dulu) garam dan gula secukupnya.
  6. Masak nasi seperti biasa
Bahan Ayam
1 ekor ayam (boleh potong kecil @ biar sekor2)
2 ulas bawang putih
Air secukupnya
Kicap
Madu

Cara-cara
  1. Rebus ayam dalam periuk dengan api yang perlahan. (Air rebusan ayam ni guna sebahagiannya untuk masak nasi, manakala yang lebihnya untuk dibuat sup)
  2. Keluarkan ayam daripada periuk, lumurkan dengan kicap, madu dan garam (jika perlu).
  3. Goreng ayam sampai masak
  4. Semasa menghidang ayam tu hempapkan sikit ayam tu dengan pisau dan potong ikut kesesuaian.
Bahan Sup
Air rebusan ayam
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 kiub pati ayam
garam secukupnya
daun sup
bawang goreng

Cara-Cara (Sup)
  1. Didihkan air rebusan ayam bersama bahan2 (kecuali daun sup dan bawang goreng)
  2. Tabur bawang goreng dan daun sup semasa menghidang
Bahan Sos Cili
10 tangkai cili kering*
2 ulas bawang putih* (*blend sampai hancur)
4 cawan air
2-3 sudu besar cuka
Garam
Gula

Cara-Cara
  1. Masak air dengan gula sampai mendidih.
  2. Tuangkan cili kisar. Reneh dengan api perlahan, sampai cili masak dan hilang baunya.
  3. Masukkan cuka dan garam secukupnya
  4. Masak sampai sos agak pekat (boleh juga tambah sedikit tepung jagung yang dibancuh dengan air)
Bahan Sos Kicap
Sup
Sos tiram
Kicap

Cara-Cara
  1. Ambil sedikit sup, masukkan sos tiram dan kicap secukupnya. 
  2. Didihkan sehingga semua sebati.
Hidangkan nasi bersama ayam goreng, sup, sos cili, sos kicap, daun salad, hirisan timun dan juga tomato.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kerepek Ubi Kayu

Rendang Daging Noxxa

Suci Dalam Debu