Telur Bistik
Telur Bistik
By Shikin
Bahan-Bahan
4 biji telur
1 biji bawang besar
1 cawan cili sos
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
timun
nenas
garam dan gula secukup rasa
minyak
Cara2
- Pukul telur dengan garam. Panaskan minyak, goreng telur sampai masak. Angkat dan ketepikan. (minyak biar betul2 panas. semasa menggoreng telur, tutup kuali dengan tudung periuk supaya telur kembang dengan cantik)
- Tumis bawang besar sampai layu
- Masukkan kesemua jenis sos. Kacau sebati sehingga sos masak.
- Masukkan garam dan gula secukupnya.
- Kalau sos terlalu pekat bolehlah dimasukkan sedikit air.
- Masukkan pula nenas dan tomato. Biarkan seketika.
- Padamkan api. Curahkan kuah keatas telur dadar tadi.
- Sedap dimakan ketika masih panas.
Ulasan
Catat Ulasan