Bihun Goreng
Bihun goreng ni dimasak untuk makan malam 3,4 hari lepas. 
Kira resepi tertangguhlah ni yerr...
Bihun Goreng
By Shikin
Bahan-Bahan
1 bungkus bihun - direndam sampai lembut kmdn toskan
3 ulas bawang putih - diketuk
3 sudu besar cili kisar*
2 sudu besar sos cili*
1 sudu besar sos tomato*
1 sudu besar kicap pekat* (bahan2 * boleh ditambah @ dikurangkan ikut citarasa masing2)
udang & sotong
sawi
minyak masak
- Panaskan minyak. Tumis bawang putih sehingga naik bau.
 - Masukkan cili kisar. Masak sampai cili garing.
 - Masukkan pula sos cili, sos tomato dan kicap pekat. Kacau sebati. Sekiranya kuah agak kering boleh tambah sedikit air.
 - Masukkan pula udang dan sotong. Kacau seketika.
 - Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
 - Kmdn masukkan bihun .
 - Kaup balikkan bihun spy sebati dengan bahan tumisan tadi.
 - Teruskan menggoreng sehingga bihun masak dengan sekata.
 - Padamkan api.
 - Bolehlah dihidangkan dengan bawang goreng, hirisan cili merah, daun bawang dan juga telur rebus.
 
Abah outstation, tinggal ummi dengan anak-anak jer...so kurang sikitlah xtvt masak memasak 2,3 hari ni...^_^
Ulasan
Catat Ulasan