Laksa Kedah...Tanpa Belacan...My Style

Laksa tak letak belacan??? Boleh ke??? Boleh aiihh...awat tak bolehnya...

Saya dah try, sambutannya pun menggalakkan. Suami suka sangat laksa kali ni. Ada improvement berbanding laksa yang saya buat sebelum ni.

Bahan-bahan yang saya guna pun simple jer...


Laksa Kedah Tanpa Belacan
By Shikin

Bahan-Bahan

Bahan laksa
Laksa

Bahan Kuah
1kg ikan kembung/selayang
20 tangkai cili kering
2 biji bawang besar
1 ikat daun kesum
2 batang bunga kantan
Asam keping
Garam
Air sejuk

Bahan Tabur
Daun selom/salad
Timun
Bawang besar
Cili padi
Telur rebus
Limau nipis

Cara-Cara
  1. Rebus laksa sampai kembang. Bila laksa cukup kembang angkat dan toskan. Siram dengan air sejuk banyak2 supaya laksa tak melekat-lekat.
  2. Masukkan ikan, asam keping serta air secukupnya kedalam periuk. Rebus sampai isi ikan masak. Padamkan api. Biarkan sampai air rebusan ikan  sejuk.
  3. Asingkan isi ikan dengan tulang. Blend sampai hancur.
  4. Tulang ikan tadi pun di blend dengan air rebusan "tanpa asam gelugur". Tapis. Pastikan tiada tulang yang termasuk kedalam bahan kisar.
  5. Blend halus cili kering dengan bawang besar.
  6. Masukkan kesemua bahan kisar, daun kesum, bunga kantan dan asam keping secukupnya kedalam periuk. Reneh sampai kesemua bahan masak. Tambah air kalau perlu.
  7. Perasakan dengan garam secukupnya.
  8. Apabila kuah masak, bolehlah dinikmati bersama laksa serta taburan hirisan timun, bawang besar, daun selom/salad, telur rebus dan cili padi.
Kuah laksa lebih sedap dimakan setelah dibiarkan semalaman. Kalau nak makan petang esok, sediakan kuahnya malam ni.

Ulasan

  1. Salam Kak Ummi..

    Saya suka sangat makan laksa ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam, cubalah buat adienia. Senang jer.. best dapat makan laksa yang kita buat sendiri. Boleh ulang-ulang lagi...:)

      Padam
  2. Boleh cuba ni..minta halal resspi

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kerepek Ubi Kayu

Rendang Daging Noxxa

Suci Dalam Debu