Keropok Lekor Dan kerabu Ikan Bilis

Salam Semua...

Hari ni dah start keje setelah bercuti lebih dua minggu. memang kalut sikit, nak tune balik kehidupan sebagai ummi yang berkerjaya. Kadang2 terasa huru hara. Hu hu...

Petang ni saya cuma sempat sediakan masakan yang ringkas untuk suami dan anak-anak. Cukup mudah... Nak tau apa bendanya... he he... tara...

Kepok Losong dari Terengganu.....

Keropok ni diimport khas dari Terengganu. Ingat tak saya ada maklumkan dalam entry sebelum ni bahawa kami sekeluarga akan ke pantai timur. Ini antara hasil yang dibawa balik. Cerita percutian kami di Pantai Timur boleh dibaca disini. Saya buatkan juga kerabu ikan bilis simple. Tak der resepi, aci redah bahan-bahan yang ada kat dapur aje. Inilah hasilnya...
Kerabu Ikan Bilis Simple




Cukuplah menu yang seadanya ini,  untuk mengalas perut tika  menginjak ke malam hari....

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kerepek Ubi Kayu

Rendang Daging Noxxa

Makaroni Goreng