Kek Batik Coklat


Kek batik coklat ni antara himpunanan resepi-resepi saya yang berhabuk dalam folder draft. Tak sempat-sempat nak mencuba. Asal nak buat, ada saja halangan yang mendatang.  Ni baru ada kesempatan. 

Proses membuat kek ni macam kek batik yang lain. Cuma beza yang ini biskut tak digaul sekali tapi dilapis-lapis dengan bancuhan coklat.

Rasa renyah jugak sebenarnya nak melapis sebab coklat tu kurang pekat dan kena diratakan sebelum dilapiskan dengan biskut. Tapi  bila tengok hasilnya memang mengujakan. 

Nampak bersememeh sikit bila dah dipotong-potong sebab coklatnya mudah cair bila dikeluarkan daripada peti sejuk. 

Sekali buat, cepat jer laku nya. Masakan yang ada based coklat kat umah ni memang cepat habis  sebab ramai peminat...

Resepi ni saya copy dari dapur Hasue, di mana resepi asalnya dari Mylla.Saya tempek pulak kat sini untk rujukan masa depan






Kek Batik Coklat
By Shikin
 

Resepi Asal : Mylla@myresipi.com
Sumber : HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan:

* 200gm millo > boleh letak lebih sikit jika suka
* 250gm butter/marjerin

* 3 sudu makan serbuk koko
* 1 tin kecil susu pekat manis > boleh kurangkan sedikit
* biskut meri secukupnya

Cara-cara
  1. Cairkan marjerin dalam kuali atas api yang kecil sekali...
  2. Setelah cair masukkan susu,milo sedikit demi sedikit dan kacau(guna hand whisk) sehingga milonya hancur
  3. Seterusnya masukkan serbuk koko.... kacau tanpa henti sehingga halus dan tidak berketul lg....
  4. Setelah pekat(membentuk kerak halus),padamkan api.
  5. Susun biskut meri di dalam loyang(lapik dengan plastik agar mudah dikeluarkan setelah sejuk)lapis ngan adunan coklat,susu biskut meri lagi,sendukkan adunan coklat.Ulang langkah ini selapis demi selapis sehingga habis...
  6. Siap...dan biarkan semalaman.... potong dan hidangkan...kalau mahu cepat keras masukkan dalam peti sejuk dan bila keras potong dan hidangkan...


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kerepek Ubi Kayu

Rendang Daging Noxxa

Suci Dalam Debu