Dadih Sedap coffemate
Mulanya ingat nak buat sebagai juadah berbuka puasa. Tapi balik dari keja pun dah rasa melepek sangat.
So, selepas berbuka la baru saya mulakan projek dadih ni. Sempat lagi tu mendadih malam-malam hari.
Resepi dadih sedap ni saya ambil dari dapur Yatie Memories.
Sungguh... memang sedap. Licin dan lembut je bila lalu kat anak tekak. Tambah-tambah yang dah didinginkan terlebih dahulu.
Sapa-sapa yang berminat, boleh cuba ye...
DADIH SEDAP COFFEEMATE
By Shikin
Sumber : Yatie Memories
Bahan-bahan ( 20 cup kecil )
- 10gm agar2 serbuk
- 1 1/2 cawan gula pasir
- 3 liter air (dlm 12 cwn)
- 200 gm Coffemate Creamer
- 1 tin susu sejat/ cair
- Perisa jagung, strawberry emulco, perisa pandan dan perisa keladi
Tiga perisa : jagung, keladi dan pandan |
Cara-cara
- Dalam periuk yg bersih,masak air, agar2 serbuk dan gula sampai mendidih.Kacau rata.
- Perlahankan api dan masukkan creamer coffeemate dan kacau sampai creamer larut.
- Tuangkan susu cair dan kacau sebati. Kacau hingga hampir mendidih dan tutup api.
- Bahagikan kepada beberapa bahagian mengikut citarasa yg di kehendaki.
- Saya bahagikan pada 4 bahagian dan satu bahagian letak perisa jagung, 1 perisa keladi, 1 perisa pandan dan satu lagi perisa strawberry. Ikut selera masing2lah ya.
- Kacau cepat2 setiap perisa tu, dan tuang ke dlm bekas. Biarkan sejuk dan bolehlah di masukkan dlm petiais.
- Siap dan bolehlah di makan... Selamat Mencuba.
bestnya mkn dadih masa panas2 cm sekarang ni...nnt akak nk try buat la, tp kan dadih ni lembut tak?ke akk kena tambah air lg sbb anak2 suka mkn yg lembik2 tu...
BalasPadamkalau suka yg lembik2 tu, molek sgtlah dgn resepi ni. masuk mulut...slurpp...terus jer lalu kot anak tekak. makan 2,3 cup pun tak terasa. cubalah
Padam