Puding Roti Karamel
Inilah kerja saya kalau stok roti banyak kat rumah. Nak bagi cepat habih kena transform jadik benda-benda macam ni. Kalau masih nampak macam roti tu alamatnya jadi habuan cik tong la.
Ok. Share resepi yerr...
RESEPI PUDING ROTI KARAMEL
By Shikin
resepi asal : rosaliza@embunkasih
Bahan-bahan
3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
4 keping roti gardenia
3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis
2 cawan air suam @ (1cwn susu cair+1cwn air suam)
1/2 cawan susu pekat - resepi asal 1 cawan
esen vanilla (1sk)
- Cara membuat gula hangus , masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air, (berhati2 gula panas). Kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.
- Panaskan pengukus.Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.
- Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati.
- Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam)
Ulasan
Catat Ulasan