Nasi Mandy Ayam Saudi


Cubaan pertama buat sendiri nasi arab Mandy. Saya guna pek instant jenama Albayt. Dalam pek ni dia dah sediakan siap-siap beras basmathi serta rempah tumis & rempah serbuk mandy. Tinggal nak cari ayam dengan bahan-bahan untuk buat sos harrah dan salad arab jer.

Satu pek ni beras dia dalam 450gm macam tu. Kiranya saya masak cukup untuk kami 5 beranak makan sampai ke malam. 

Apapun, memang mudah la guna instant pek macam ni. Just follow instruction...& gerenti jadi. Lepas ni nak cuba pek Nasi Mandy Kambing pulak. Depa kata sedap. Bolehla try buat untuk en. Tahiri...hihi

Nasi Mandy Ayam Saudi
By Shikin

Nasi
450gm  Beras basmathi*
600ml air
Rempah tumis mandy (kayu manis, cengkih, buah pelaga dan lumi)*
1 camca besar rempah serbuk mandy* (*ada tersedia dalam pek)
2 ulas bawang besar
5 ulas bawang putih
2 biji cili hijau
2 sudu besar tomato puree - x de stok , guna tomato sos aja.
Sedikit garam

-Rendam beras selama 20 minit atau lebih kemudian toskan.
-Tumis rempah hidup, bawang besar, bawang putih sehingga kekuningan. Kemudian masukkan rempah --serbuk mandy dan tomato puree. Jaga api masa ni. Jangan bahan tumisan sampai hangus pulak.
-Kemudian masukkan air.
-Apabila air mendidih padamkan api. 
-Masukkan beras beserta bahan tumisan kedalam rice cooker. Taburkan garam secukupnya dan letak cili -hijau (x perlu hiris)
-Tanak sehingga nasi masak 80%. Kemudian masukkan minyak ayam panggang yang disimpan tadi. Gaul perlahan-lahan supaya nasi tidak patah. Biarkan nasi masak seperti biasa.


Ayam Panggang
1 ekor ayam
11/2 sudu besar rempah serbuk mandy
5 ulas bawang putih - dikisar
2 sudu kecil garam
2 sudu besar minyak - saya gunakan minyak zaitun
2 sudu besar tomato puree - saya guna tomato sos ja

-Perapkan ayam dengan kesemua bahan.
-Kemudian panggang ayam dalam oven selama sejam dengan suhu 180c. Balikkan ayam selepas 1/2 jam. - -sya bakar guna pemanggang ajaib.
-Simpan lebihan minyak yang keluar ketika proses memanggang.


Sos Harrah
2 biji tomato
2 ulas bawang putih
1 sudu kecil perahan lemon
Cili padi
Sedikit daun ketumbar
Garam

- Kisar semua bahan tanpa air




Salad Arab
2 biji tomato*
1 batang timun* (* potong dadu)
1 labu bawang besar - hiris halus
Sedikit daun ketumbar
Garam dan gula
Serbuk lada hitam

-Campurkan kesemua bahan dalam mangkuk. Gaul sebati.



Jenama yang saya gunakan.

Ulasan

  1. wah, belum pernah lagi makanan arab ni..tapi, nampak sedap la...

    BalasPadam
  2. kadang2 kak ruby p jgk mkn nasi mandy, tp masak sendiri lum pernah lg...nnti boleh try resepi umi ni

    BalasPadam
  3. Boleh lah cuba lepas ni ye...sekali sekala bertukar selera ok jugak.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kerepek Ubi Kayu

Rendang Daging Noxxa

Suci Dalam Debu