Sudi-Sudi Ikut Saya...

Khamis, 23 Mei 2013

Jenahak Bersos Plum


Jenahak Bersos Plum
By Shikin

Bahan-Bahan
3 keping isi jenahak - letak garam kunyit dan goreng sampai masak. Kalau boleh jangan garing sangat.
5 ulas bawang merah - mayang halus
3 ulas bawang putih - mayang halus
1 inci halia - hiris memanjang
1 labu bawang besar - hiris
1 biji cili merah - hiris
2 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos plum
Garam dan gula secukupnya
Minyak

Cara-cara
  1. Panaskan minyak. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia sampai kekuningan.
  2. Masukkan cili kisar. Kacau sampai cili garing.
  3. Masukkan sos cili dan  sos plum. kacau lagi.
  4. Tambahkan pula cili hiris dan bawang besar.
  5. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  6. Masukkan isi jenahak yang telh digoreng. Kaup balikkan sehingga semuanya mesra sebati.
  7. Padamkan api.
  8. Sedia untuk dihidang

Kerabu Pelam

My taste my style...bahan-bahan apa yang adalah...


Kerabu Pelam
By Shikin

Bahan-bahan
Sebiji pelam - sagat panjang2
Segenggam ikan bilis - goreng garing.
1 cawan kacang tanah - goreng tanpa minyak. Tumbuk kasar.
1 labu bawang besar - hiris nipis
1 biji cili merah - hiris nipis
3-4 biji cili padi - hiris nipis
1-2 sudu sos ikan
Garam dan gula secukupnya

Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan dalam mangkuk. Gaul sebati
  2. Pastikan semuanya cukup rasa.
  3. Hidangkan.


Tomyam Ayam

Datang mengemas blog yang bersawang ni. Dah lama tak update, rasa mengong sekejap kepala otak ni. Hehehe...


Malas nak berceloteh panjang. Nak tempek jer  gambar-gambar yang dah lama diambil, tapi sebab tak menyempat nak update maka terperam jer dalam kamera tu. 

Tinggal gambar je lah yer...bendanya dah lama hadam dalam perut.


Masak ni dah lama dah. masa cuti hari tu. Ada tomyam ayam, kerabu pelam dengan jenahak bersos plum. Resepi ikut suka sendiri dan menggunakan bahan-bahan yang ada kat dapur. 

Letak jer lah resepi kat sini...


Tomyam Ayam
By Shikin

Bahan-Bahan (secukupnya)
Ayam - goreng sekejap dengan sedikit minyak/tanpa minyak untuk matikan air ayam
Pes Tomyam
Serai - hiris/ketuk
Bawang Besar - hiris
Cili merah / cili padi - hiris/ketuk
Daun limau purut
Jus limau nipis
Air
Garam
Bunga kobis, karot 

Cara-cara
  1. Masukkan ayam, air, pes tomyam, serai, bawang besar cili merah/cili padi kedalam periuk. Hidupkan api. reneh bahan-bahan tersebut secukupnya.
  2. Masukkan karot, bungan kobis dan daun limau purut.
  3. Perasakan dengan garam dan jus limau. Pastikan tomyam berperisa secukupnya. (cukup masam, masin, pedas)
  4. Padamkan api. Hidang panas-panas.


Jumaat, 26 April 2013

Lepat Pisang


Buat lepat pisang ni weekend baru2 ni. Tapi biasalah...kalau dah sibuk... Ni baru sempat nak buat entry.

Akhirnya tertunai juga permintaan En. Tahiri nak makan lepat hasil tangan isteri terchenta. Hihihi. First time buat ni... 

Ada banyak resepi yang digugel dan menarik untuk dicuba. Tapi memandangkan ada antara bahan yang tak der kat dapur saya, saya decide untuk buat lepat guna resepi lengat pisang saja.

Everthing sama, cuma kalau lengat buh dalam loyang dan kukus. Lepat pulak, bungkus dulu ngan daun pisang baru kukus.



Lepat Pisang
by Shikin

Bahan-Bahan
12 biji pisang awak - kalau dapat yang ranum tu lagi sedap
1 cawan tepung gandum/beras
1 cawan santan
3/4 cawan gula pasir - boleh dikurangkan kalau pisang dah manis. saya guna 1/3 cawan




Cara buat

  • Lecek pisang .
  • Masukkan santan. Kacau sebati.
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Tengoklah kalau adunan dah pekat tak perlu habiskan kesemua tepung. Kalau masih cair boleh tambah tepung sikit lagi.
  • Ambil dua sudu besar adunan, letak atas daun pisang.
  • Lipatlah macam lepat pisang yang selalu kita tengok tu. (sambil-sambil tu boleh lah panaskan periuk kukusan)
  • Atur lepat dalam loyang pengukus.
  • Kukus selama 30-45 minit atau sampai kuih masak.

Ahad, 21 April 2013

Sambal Belacan Dengan Ulam-Ulaman

Layan ulam cicah sambal belacan. Antara ulam-ulamnya daun selom, pucuk putan dan timu. Wallah...sedapnya makan ngan nasi panas-panas...


Sambal Belacan
By Shikin

Bahan-Bahan
6 biji cili merah
5 biji cili padi
1-2 inci belacan
Air asam Jawa
Jus limau nipis/kasturi
Garam dan gula secukup rasa

Cara-Cara

  1. Masukkan semua bahan (kecuali air asam jawa dan jus limau) ke dalam lesung. Tumbuk sampai lumat.
  2. Tambahkan air asam jawa dan jus limau.
  3. Pastikan semuanya cukup rasa.
  4. Bolehlah dicicah bersama-sama ulam-ulaman yang disukai.

Asam Pedas Tumis

Lama tak masak asam pedas ni. Sesekali buat, best jugak...


Asam Pedas Tumis
By Shikin

Bahan-Bahan
Ikan (saya guna isi jenahak)
15 tangkai cili kering
10 ulas bawang merah
1 inci halia
2 inci belacan
2 batang serai
Secekak daun kesom
1 sdt serbuk kunyit / kunyit hidup
Air asam jawa secukupnya
Bendi
Minyak

Cara-Cara

  1. Blend cili kering bersama-sama bawang merah, belacan, halia dan serbuk kunyit sampai halus.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan-bahan kisar dan serai. Biarkan sampai naik bau dan pecah minyak.
  3. Masukkan air asam jawa secukupnya. Biarkan mendidih.
  4. Masukkan daun kesum dan ikan. Masukkan garam secukup rasa. 
  5. Masukkan bendi. Biar sampai bendi masak sempurna. Rasa masam dan masin secukupnya.
  6. Padamkan api.
  7. Sedia untuk dihidang.

Sabtu, 20 April 2013

Nasi Lemak...My Style...

Nasi lemak buah bidara
Sayang selasih hamba lurutkan
Buang emak buang saudara
Kerna kekasih hamba turutkan.

Errkkk...takkan sampai macam tu kottt... hehehe

Sesaje nak berpantun. Tapi ceritanya tak de lah macam dalam pantun tu. Suami dihati, emak disanubari. Dua-dua saya sayang 100%. Tak lebih, tak kurang.

Kisahnya, nak tulis ttg nasi lemak yang saya masak untuk breakfast pagi ni. Request drpd En. Tahiri. Saya ikutkan aje. Yelah...rasa dah lama tak prepare b/fast utk family. Nak-nak, jarang hujung minggu macam  ni dihabiskan di teratak syurga kami. Selalunya outstation memanjang...

Resepi nasi lemak biasa-biasa saja. Warisan emak saya, Pn. Normah.  Dulu siap meniaga nasi lemak lagi emak kami ni. Untuk menambah pendapatan, dan juga mengenyangkan perut kami 10 beradik yang kalau menganga bukang senang nak ditutup. Makanlah nasi lemak kat mana2 pun. Nasi lemak emak forever the best. 


Nasi Lemak
By Shikin

Bahan-Bahan

Untuk Nasi
3 pot beras
Santan
Air
Garam
1/2 sdt halba
1/2 sdt lada hitam
1 inci halia - hiris memanjang
3 helai daun pandan - simpulkan

Cara-cara
  1. Basuh beras bersih2 dan toskan. Kmdn masukkan kedalam periuk.
  2. Tuang santan dan air secukupnya.
  3. Masukkan halba, lada hitam, halia dan daun pandan.
  4. Perasakan dengan garam secukup rasa
  5. Tekan butang periuk nasi, biarkan sampai nasi masak.
  6. Hidang nasi bersama-sama sambal dan bahan pelengkap
Untuk sambal
20 tangkai cili kering
2 biji bawang besar (Sebiji dikisar dengan cili kering. Sebiji lagi dihiris)
1 keping asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara
  1. Panaskan minyak. Tumis cili yang telah dikisar dengan bawang besar. Biarkan sampai pecah minyak.
  2. Masukkan garam dan gula secukupnya. Masukkan juga asam keping.
  3. Tuangkan air secukupnya. Agak2lah supaya sambal tak terlalu cair atau pekat sangat.
  4. Masukkan hirisan bawang besar dan ikan bilis goreng. Saya asingkan ikan bilis, tak masuk kedalam sambal.
  5. biarkan sambal mendidih dan pecah minyak.
  6. Padamkan api. Sedia dimakan dengan nasi lemak.
Bahan Pelengkap
Telur rebus / telur goreng 
Ikan bilis goreng
Kacang tanah goreng
Timun
3 beradik ni pun masa kita dok flash gambaq nasi lemak, masa  tu lah suruh flash gambaq depa jugak...





Selasa, 16 April 2013

Ikan Goreng Asam


Ikan Goreng Asam
By Shikin

Bahan-Bahan
3 ketul ikan ( saya guna ikan nyok-nyok)
4 ulas bawang merah - mayang halus
2 ulas bawang putih - mayang halus
1 inci halia - hiris memanjang
1 labu bawang besar - hiris
1 tangkai cili merah - hiris
1 sdt serbuk lada hitam
Air asam jawa secukupnya
garam dan gula secukupnya
sedikit minyak untuk menumis

Cara-Cara

  1. Lumurkan ikan dengan garam kunyit. Panaskan minyak, goreng ikan sampai masak. Angkat ikan daripada kuali. 
  2. Tumis bahan-bahan hiris sampai kekuningan. Masukkan air asam jawa, serbuk lada hitam, cili merah dan hirisan bawang besar. Biar mendidih.
  3.  Masukkan ikan yang telah di goreng. Balik-balikkan supaya sebati dengan kuah asam.
  4. Perasakan dengan garam dan gula.
  5. Padamkan api.
  6. Sedia untuk dihidang.

Isnin, 15 April 2013

Lengat Pisang

Pisang awak hasil tanaman En. Tahiri. Bila dia tebang jerr pokok pisang depan rumah tu, mulalah kepala saya ni memikirkan apa yg nak dibuat dengan pisang bersikat-sikat. 

Tu pun dah dibagi2 ngan jiran setengah tu. Kadang-kadang tak termasak, jadi habuan cik tong. Tak pun En. Tahiri letak jer kat luar, bolehla cik musang datang makan malam-malam. 

En. Tahiri request lepat pisang, tapi cam malas la pulak nak lipat2 daun pisang tu satu2. Last2 saya tuang semua dalam pelengat, lepas tu kukus. Lengat pisang tu yang paling senang. 

Saya buat dua pelengat, bawak sikit ke tempat kerja, En. Tahiri bawak sikit ke sekolah, hantar dekat mak. Alhamdulillah, ramai jugalah yg dapat merasa lengat pisang saya tu.


Lengat Pisang
by Shikin

Bahan-Bahan
12 biji pisang awak - kalau dapat yang ranum tu lagi sedap
1 cawan tepung gandum/beras
1 cawan santan 
3/4 cawan gula pasir - boleh dikurangkan kalau pisang dah manis. saya guna 1/2 cawan.

Cara buat
  • Lecek pisang . (saya blend bersama gula sampai halus)
  • Masukkan santan. Kacau sebati.
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Tengoklah kalau adunan dah pekat tak perlu habiskan kesemua tepung. Kalau masih cair boleh tambah tepung sikit lagi.(sambil-sambil tu boleh lah panaskan periuk kukusan)
  • Tuang adunan kedalam loyang dan kukus selama 30-45 minit atau sampai kuih masak.
  • Sejukkan sebelum dipotong.

Ahad, 14 April 2013

Pucuk Paku Goreng

Lawan ngan kari jenahak...


Pucuk Paku Goreng
By Shikin

Bahan-Bahannya
2 ikat pucuk paku - ambik bahagian yang lembut saja, basuh bersih dan toskan.
Segenggam ikan bilis
2 ulas bawang merah - mayang halus
1 ulas bawang putih - mayang halus
1/2 biji bawang besar
1 biji cili merah - hiris
4-5 bili cili padi - hiris
Minyak untuk menggoreng

Cara-Caranya
  1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Tumiskan pula semua bawang dan cili sampai agak garing. 
  3. Masukkan pucuk paku. Goreng sekejap.
  4. Masukkan garam dan gula secukupnya.
  5. Masukkan ikan bilis. Gaul sebati.
  6. Padamkan api. Angkat dan hidangkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Tolong bagi makan sat...Cam ner?? Klik ajer...