Apam Nasi

Petang tadi saya buat apam nasi guna lebihan nasi sejuk semalam. Dah banyak kali buat menggunakan resepi dibawah. Kalau x de masalah dengan yis, selalunya menjadi dengan jayanya.. 🤗🤗
Resepi Apam Nasi 

Bahan 
2 cawan nasi
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 1/2 cawan gula
2 3/4 cawan air
2 sdt yis (saya guna1 peket) 
Kelapa parut gaul sedikit garam 
Pewarna ikut suka

Cara membuatnya
1- Blend nasi dengan air sehingga hancur (masukkan air sikit-sikit ya) 
2 - Bila nasi dah hancur, masukkan gula. Blend lagi sampai gula hancur. 
3 - Tuangkan adunan ke dalam bekas. 
4 - Masukkan tepung gandum, tepung beras dan yis. Gaulkan adunan sehingga sebati. 
5 - Bahagikan adunan kepada beberapa bekas. Warnakan ikut suka. Perap adunan 1-2 jam. (Adunan akan naik sekali ganda) 
6 - Panaskan pengukus (balut tudung pengukus untuk mengelakkan airnya menitis) 
7 - Sapu minyak pada acuan
8 - Masukkan adunan kedalam acuan. 
9 - Kukus selama15 minit @ sehingga masak (bergantung saiz acuan)
10 - Bila dah masak biarkan sejuk sekejap dalam acuan sebelum dikeluarkan. 
11 -  Hidangkan dengan kelapa parut 
12 - Sedia untuk dinikmati.. 😋😋


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Rendang Daging Noxxa

Kerepek Ubi Kayu

Makaroni Goreng