Apam Balik Tak Jadi Hari Ni

Assalamualaikum..

Saya nak share tentang kisah apam balik. Tiada resepi kerana apam balik tu pun tak jadi .. 😂😂

Dah banyak hari saya tangguh hajat nak buat apam balik. Resepi dah lama saya simpan. Barang-barang nak buat pun dari minggu lepas saya beli. 

Jadi, hari ni dengan semangat yang berkobar-kobar saya cuba buat apam balik. Dalam kepala duk terbayang-bayang kemenjadiannya...😇😇

Namun kejadian sebenar tak seindah yang saya bayangkan. Saya boleh kata ia menjadi ibarat lempeng ja 😭😭. 

Apamnya tak gebu macam kita beli kat pasar malam. Bila saya cuba gugel resepi-resepi lain, ada satu bahan yang kurang dalam adunan saya harini iaitu yis.. 

Mungkin kalau nak buat lagi nanti saya akan menggunakan resepi yang ada yis ni pulak. 

Apapun sesuatu yang agak menggembirakan ialah  'lempeng balik' saya tu habis juga dimakan suami dan anak-anak 😍😍

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Rendang Daging Noxxa

Kerepek Ubi Kayu

Makaroni Goreng