Asam Pedas Tumis Melaka

Hari ni en suami beli ikan nyok2 seekor. Tak la besar sangat, yang sedang-sedang saja. Dia tanya nak masak apa? Gulai baru ja buat kemaren. So hari ni kita buat asam pedasla, tapi style Melaka 😉. 

Saya guna resepi Azie Kitchen. Ini kali kedua saya buat asam pedas menggunakan resepi ni. Resepi ni sangat memenuhi citarasa kami sekelurga. 

Ok, ni resepinya...

Asam Pedas Melaka

Bahan
Ikan merah - potong ikut kesesuaian (saya guna ikan nyok-nyok
5 sudu besar cili kisar (boleh tambah ikut citarasa sendiri)
1 sudu pes asam jawa
Garam

Bahan tumbuk/kisar
8 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
Kunyit hidup
-kisar sampai halus

Cara membuatnya
Panaskan minyak, tumis bshan kisar dan cili sehingga wangi dan betul2 garing dan pecah minyak.

Masukkan air secukupnya. Bila kuah mendidih masukkan ikan. Masukkan juga bendi dan sayur-sayur lain kecuali tomato.

Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukupnya. Sesuaikan rasanya. Masukkan tomato. Kemudian bolehlah ditutup apinya. 

Sedia untuk dihidang

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Rendang Daging Noxxa

Kerepek Ubi Kayu

Makaroni Goreng