Tepung Gomak vs Abuk-Abuk

Heyyy... Kenapa muka kau macam tepung gomakk??

Hihihi... Mesti ramai yang masih ingat dialog dalam filem seniman bujang lapok ni kann?

Kuih tepung gomak @ abuk-abuk ni saya buat minggu lepas. 1st time buat ni 😁. Sebelum ni pandai beli ja kalau nak makan. Rasa macam rumit sangat kalau nak buat. Tapi bila dicuba tak lah susah pun. Cuma saiz tepung gomak tu tak sekata. Besar kecil bercampur 😂

Ok saya tepek resepi kat sini ya 😊

Tepung Gomak

Bahan Bahan A 
..............................................
✔  1 cawan tepung pulut
✔  Secubit garam
✔  Air secukupnya

Bahan Bahan B
..................................................
✔  Kelapa parut ( ambil bahagian putih saja) *
✔  Secubit garam *
✔  1-2 helai daun pandan
✔  Sedikit tepung gandum (untuk memekatkan inti ) *
✔  Gula merah ( boleh juga guna gula melaka jika suka) *

Bahan Bahan C
...............................................
✔  1 cawan kacang hijau yang disangai di atas kuali. Setelah sejuk, kisar halus semuanya sehingga menjadi tepung dan ayakkan. 

Cara menyediakannya
.....................................................

1.  Campurkan tepung pulut, air dan garam.
Uli sampai semua bahan sebati dan tak melekat di jari. Bulat bulatkan ikut size yang disukai.

2.  Masukkan semua bahan yang bertanda 
* dalam periuk dan masak sampai semua bahan masak.

3.  Leperkan doh yang dibulat bulaktkan tadi dan letakkan inti kelapa di dalamnya lalu ditutup kembali.

4.  Rebus dalam air panas yang berisi daun pandan sampai adunan timbul. 

5.  Salutkan dengan tepung kacang hijau dan susun dalam pinggan

Siap untuk dinikmati. 

Selamat Mencuba 💞💞

* Jika menggunakan tepung kacang hijau segera,  sangai dahulu tepungnya di dalam kuali selama 5 minit sebelum digunakan. Tujuannya adalah untuk mewangikan lagi kuih. 

Ulasan

Catat Komen

Catatan popular daripada blog ini

Rendang Daging Noxxa

Kerepek Ubi Kayu

Makaroni Goreng