Koleh Kacang Hijau

Musim2 PKP ni mcm2 idea masakan timbul kann.. Cerita koleh ni muncul bila saya tanak minyak drpd stok santan lama yang penuh dalam peti ais tu 🀭🀭

Bila siap, banyak pula taik minyak dia. Tak tau nak buat apa. Nak makan gitu ja tak biasa. Nak buang rasa sayang pulak. Jadi saya pun gugel apa yang boleh dibuat dgn taik minyak ni. 

Inilah hasilnya πŸ˜‹πŸ˜‹

==========================
Resepi Koleh Kacang Hijau

Bahan-bahan diperlukan:

Step 1
1 cwn santan pekat Fresh (masak untuk jadikan tahi minyak)
- da siap tapis tahi minyak dan asingkan minyak

Step 2
1 cawan gula merah
2 sudu gula (depend on manis yg nak)
1 cwn air
Sehelai daun pandan
Masak
* masak semua bahan di atas sehingga larut ketepikan dan sejukkan dl.

Step 3
1 cwn tepung kacang hijau (saya guna tepung kacang hijau lebihan tepung gomak ri tu)
2 cawan santan (bancuh 1 1/2 kotak santan jadikan 2 cawan air)
secubit garam

* Campurkan bahan step 2, step 3 dan minyak lebihan buat tahi minyak tadi dan kacau sehingga sebati.

Masak di atas api sederhana..sentiasa kacau sehingga pekat supaya tidak berketul (kepekatan spt dalam video).

Dah siap..boleh tuang kedalam bekas yang sesuai.

Dah sejuk taburkan dengan taik minyak tadi.

SiapπŸ˜‹πŸ˜‹

Selamat mencuba😘

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Rendang Daging Noxxa

Kerepek Ubi Kayu

Makaroni Goreng