POPIA SATAR

Assalamualaikum. 

Kejadian petang tadi... Kisahnya ikan dah 2,3 hari dalam peti ais. Duk fikir nak buat apa, teringat pula resepi popia satar yang lalu lalang kat Fb 2, 3 minggu sudah. 

Tengok bahan-bahan ada ja kat rumah. Jadi kita on ja la popia satar tu. 

Resepi letak kat sini untuk rujukan akan datang. 


Popia Satar

Bahan-bahan:
3 ekor ikan kembung..rebus sekejap
1 1/2 cawan kelapa putih )
10 biji cili api )
3 ulas bawang merah )
1 ulas bawang putih )ditumbuk
1 inci halia )
2 batang serai )
sedikit air asam jawa
garam dan gula
.
Cara:
1. Ikan yang direbus tadi dibuang tulang
tumbuk hingga hancur.
2. Gaulkan sekali dengan bahan2 tumbuk
3. Masukkan air asam jawa
4. Perasakan garam dan gula
5. Sediakan kulit popia..bungkus (jangan banyak sangat isi inti..nanti kulit popia tak jadi rangup bila digoreng.
6. Sedia digoreng

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Rendang Daging Noxxa

Kerepek Ubi Kayu

Makaroni Goreng