Gulai Lemak Munggai Bersama Udang & Dhal

Ada yang makan ka buah munggai ni? Ada yang panggil kacang kelor. Biasanya saya masak kari ngan udang ja. Hari rasa macam nak buat style lain pulak. Bila tanya tok cik gugel resepi ni antara yang dicadangkan. Bahan2 pun dah ada kat rumah, jadi kita on ja la.. 
Gulai Lemak Munggai & Udang dengan Dhal

Bahan 
Buah munggai
4 sudu rempah ikan babas (saya guna sepeket cap Aween) 
4sudu rempah daging (guna sepeket juga cap Aween) 
3 ulas bwg putih
2 inci halia
1bj bwg bsr
Daun kari
Kacang dal
1 mgkuk santan pekat
Air
Garam
Udang
Minyak utk menumis


Cara memasak

Rebus rempah bersama bawang putih dan halia yg dikisar selama 20min.

Masukkan murungai dan kacang dal..tmbh air biar sehingga empuk.. 

Masukkan santan udang garam. 

Biarkan mendidih, kemudian tutup api.

Panaskan kuali. Tumis bwg besar dan daun kari..tuang ke dlm kuah tadi. 

Selamat mencuba. 😊

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Rendang Daging Noxxa

Kerepek Ubi Kayu

Makaroni Goreng