Keledek Goreng Sambal Kicap

Keledek goreng dan sambal kicap saya buat beberapa hari lepas. Tapi sebab ada masalah talian saya tak dapat publish dalam blog ni. 

Saya goreng keledek ni mengggunakan bancuhan tepung yang saya dapat daripada Fb. Setelah dicuba, hasilnya amat memuaskan hati.

Jadi saya letakkan resepinya disini untuk rujukan nanti 😘😘

Keledek Goreng

Bahan-Bahan
  • 500gram tepung beras (kurang pun tak apa)
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil garam
  • 2-3 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • Secubit kapur makan
Cara membuatnya
  1. Campur semua bahan dan bancuh dengan air biasa. Bancuhan tepung akan menjadi warna peach. Part ni ada yang kata guna ais, tapi silap percaturan nanti tak pasal-pasal adunan makin cair. Ingat, ais mencair bukan beku. Tak payah guna ais pun memang rangup sangat.
  2. Pastikan bancuhan jangan pekat sangat dan jangan cair sangat.
  3. Minyak wajib banyak, jangan kedekut. Api wajib api besar.
  4. Jangan selam lama bahan untuk celup tepung. Nanti adunan mudah pekat
  5. Jika terlebih kapur, akan berbuih banyak dalam kuali nanti. Jadi, tipsnya, perahkan sikit limau nipis atau limau kasturi. Alkali + asid = neutral balik.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Rendang Daging Noxxa

Kerepek Ubi Kayu

Makaroni Goreng