Sudi-Sudi Ikut Saya...

Khamis, 11 April 2013

Agar-Agar Kering


Yang ni pun buat untuk kenduri adik-adik hari tu.

Dipeket dalam bekas kecik-kecik untuk dijadikan doorgift buat tetamu yang datang.

Saya buat 3 adunan, tu pun secara berperingkat-peringkat sebab kekurangan talam untuk menjemur agar-agar.

Ekceli, agar-agar kering ni saya selalu buat time hari raya zaman anak dara dulu. Masa raya, agar-agar ni wajib ada. Tak tau kenapa rasa seronok jer bila tengok agar-agar tu terjemur depan rumah. 

Mmg resepi evergreen ni. Buku resepi emak yg menjadi rujukan saya pun dah naik kuning warnanya.

Tapi saya suka buat je...makan tak seberapa sbb agar-agar ni manisnya ya ampunnn...yang teramat sangat... makan sikit-sikit bolehla... kalau makan banyak2 harus terkena diabetes ni...

Tu pun jenuh bertepis ngan anak-anak...dioarang mmg feveretla manis-manis ni. Makan tak agak dah...

Okey...nak kongsi resepinya disini...(resepi asalnya dalam sukatan traditional tapi saya dah edit ikut sukatan metrik kontemporari supaya senang diikut)


Agar-Agar Kering
By Shikin
Sumber : Buku Resepi Mak

Bahan-bahan
60gm agar-agar strip (agar2 bertali)
500gm gula batu
1kg gula pasir (sukatan gula memang kena banyak, barulah agar-agar kering dengan elok dan menghasilkan kerak-kerak gula disekelilingnya)
2300ml air
1-2 sdt esen ros/banana - saya prefer esen ros 
1-2 sdt pewarna - bergantung kepada jenis pewarna. 

Dah keluarkan daripada mould atur dalam dulang untuk proses mengeringkan agar-agar.

Cara-cara
  1. Masak agar-agar bersama air sampai hancur.
  2. Masukkan gula pasir dan gula batu. Masak sampai kedua-dua gula hancur dan larut bersama-sama agar-agar.
  3. Tuangkan esen ros secukupnya.
  4. Masukkan pewarna yang disukai. (Pewarna ni kalau lebih sikit pun tak per, sebab proses mengeringkan agar-agar menjadikan tone warna tu semakin cerah)
  5. Tuang ke dalam loyang. Sejukkan.
  6. Apabila agar-agar telah mengeras, potong ikut bentuk yang disukai (saya tuang dalam mould coklat, so agar-agar memang dah ikut bentuk mould tu)
  7. Aturkan dalam dulang yang besar.
  8. Jemur dibawah terik matahari sampai agar-agar betul-betul kering. (Kalau cuaca panas elok proses menjemur ni ambik masa 3-5 hari)

Saya buat 3 adunan dengan 3 warna, merah, hijau dan purple. Tp yg purple tu bila dah  kering dah jadi warna ribena la pulak. Yang warna hijau dan merah tu saya guna jenama star brand, manakala yang purple tu saya guna pewarna yang dibeli dikedai baking. Mungkin sebab tu kot... hehehe



9 ulasan:

  1. Kalau macam kitaorg yang tinggal di apartment ni mcmana nak jemur? X boleh ke jemur dalam oven je?

    BalasPadam
  2. salam shuhaida. x penah la pulak keringkan pakai oven. mmg selalu jemur bwh cahaya matahari. kalau guna oven, takut cair abih smua nti :)

    BalasPadam
  3. salam kak. agar2 kering nie boleh simpab bape lame ye? agak2 expired die bpe lame?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam. Kalau dikeringkan betul2 rasanya 2,3 bulan bleh tahan...tu pun kalau tak habis masuk dlam mulut...hehehe

      Padam
  4. cara penyimpanan cemana y? kena letak bekas kedap udara ke? apa- apa bekas boleh?

    BalasPadam
    Balasan
    1. better letak dlm bekas kedap udara @ bekas yg boleh ditutup rapat. agar2 ni manis, semut mmg suka...hihihi

      Padam
  5. Akak.. sy nak tanya.. kalau jemur xckup hari atau xcukup lama jadi apa ja??? Bole berkulat x???

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Terdapat ralat dalam alat ini