Sudi-Sudi Ikut Saya...

Ahad, 21 April 2013

Sambal Belacan Dengan Ulam-Ulaman

Layan ulam cicah sambal belacan. Antara ulam-ulamnya daun selom, pucuk putan dan timu. Wallah...sedapnya makan ngan nasi panas-panas...


Sambal Belacan
By Shikin

Bahan-Bahan
6 biji cili merah
5 biji cili padi
1-2 inci belacan
Air asam Jawa
Jus limau nipis/kasturi
Garam dan gula secukup rasa

Cara-Cara

  1. Masukkan semua bahan (kecuali air asam jawa dan jus limau) ke dalam lesung. Tumbuk sampai lumat.
  2. Tambahkan air asam jawa dan jus limau.
  3. Pastikan semuanya cukup rasa.
  4. Bolehlah dicicah bersama-sama ulam-ulaman yang disukai.

4 ulasan:

  1. suka makan ulam-ulaman ni..dapat juga jaga kesihatan kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau makan nasi ngan ulam ni mmg bertambah2lah makan...:)

      Padam
  2. Adda suka sgt makan ulam2 ni..kalau kt kampung boleh dikatakan mcm benda boleh wat ulam..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu. kalau kt kampung ulam keliling rumah. petik jer mana yg nak.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kongsi Resepi

Terdapat ralat dalam alat ini