Durian Crepe


Semenjak dua menjak ni, banyak blogger duk tayang Durian Crepe (DC). Tambah2 pulak durian tengah galak gugur...Memang fenomena habis...

Lama jugak memendam hajat, teringin benor nak tahu macam mana lah rasanya benda alah DC ni. 

Finally, 2 hari lepas saya menunaikan hajat yang terpendam

Banyak2 resepi yang ada, saya cuba resepi daripada Sofea@after6am. Hasilnya??? Tidak mengecewakan.

Mendapat respon yang baik drpd suami dan anak2. Anak2 paling suka sbb ada filling fresh cream yang rasanya ala2 aiskrim tuh..

Nak buat pun tak susah dan tak ambil masa yang lama.

So...silalah mencuba.



RESEPI DURIAN CREPE
By : Shikin

Sumber : Sofea@after6am

Bahan-bahan-
20gm tepung gandum
20gm tepung ubi
10gm tepung kastard
10gm tepung jagung
1 biji telur
1 sdk myk masak
1 sdb gula halus
40ml susu cair
150ml air
pwrna kuning
perisa durian

Cara-caranya

  • Masuk semua bahan kedalam mangkuk. Sebatikan dengan whisk dan tapis.Kalau pekat tambah air sedikit 
  • Boleh jugak blander..cuma sedikit berbuih..kena hilangkan buih-buih itu dahulu, untuk mengelakkan crepe akan berlubang bila banyak buih.
  • Ambil sesenduk kecil..tuang adunan dlm kuali yang dipegang..
  • Layangkan kuali agar adunan sekata
  • masak atas api kecil.
  • masak hingga kering,angkat tak perlu terbalikkn semasa mengangkat.


Filling
150ML FRESH CREAM (saya guna jenama Rich) diputar hingga kental..
(boleh mix sekali dgn 2sdb isi durian)
Isi durian..

-letakkan fresh cream letak isi durian ..dan letak lagi fresh cream di atasnya..
-lipat kiri ke kanan dan atas ke bawah..
-siap


Update : 
Untuk k.zie yg request gambar kotak fresh cream tu, ni gambarnya...ambik drpd Mr. Google... 

Kalau pergi kat kedai bakery boleh ada banyak jenis. Tapi saya prefer jenama Rich ni.




Ulasan

  1. Salam umi.mmg la ni glamour durian crepe ye..sedap sgt coz sy penah beli..tp,x pernah buat lg.huhuu.mungkin resepi ni sy blh cuba
    Www.madeenayahya.blogspot.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Deena (sama mcm nama puteri ke 2 saya ^_^ ), dah ada resepi boleh la cuba lps ni. Lagi puas dapat makan hasil air tangan sendiri.

      Padam
  2. syikin, boleh tunjuk sikit kotak fresh cream tu. nanti senang nak cari....

    BalasPadam
    Balasan
    1. k.zie, dah update gambar fresh cream kat atas. Lepas ni p cari cpt, leh buat crepe duriah yg ohsemmm... ^_^

      Padam
  3. terima kasih. hehe...kena buat sblm musim berakhir...hehhee...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kerepek Ubi Kayu

Rendang Daging Noxxa

Makaroni Goreng