Custard Jelly Cocktail



Saya buat puding ni untuk kenduri adik2 lelaki saya baru2 ni. Yang ni dihidang untuk pengantin bersama2 rombongannya.

Asalnya plan nak buat triffle, tapi tak sempat pulak nak pegi beli swiss roll. So tinggal custard dengan jelly dan fruit cocktail jer lah...

Custard Jelly Cocktail
By Shikin
Sumber : K.Asiah

Bahan-Bahan
1 tin susu cair
3 tin air
10gm serbuk agar-agar
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar tepung jagung
1/2 tin gula
secubit garam secukup rasa
2 kotak Jelly Crystal Nona - perisa raspberry
buah-buahan dalam tin - sejatkan airnya. guna buah shj

Cara-cara
  • Didihkan air dalam periuk, masukkan serbuk agar-agar dan kacau sampai larut.
  • Masukkan gula, masak sampai gula hancur. Masukkan susu cair.
  • Bancuh tepung kastard dan tepung jagung dengan sedikit air. Tuang kedalam adunan agar-agar sambil dikacau perlahan-lahan supaya bahan-bahan tidak berketul.
  • Letak periuk di atas dapur. Dengan api yang perlahan kacau sehingga bahan-bahan tersebut masak.
  • Padamkan api. Biarkan adunan sejuk sedikit. Tuangkan buah-buahan yang telah di sejat.
  • Tuangkan adunan kastard kedalam bekas. Biarkan sejuk dan keras.
  • Kemudian tuangkan bancuhan jelly keatasnya. (Bancuh jelly mengikut arahan pada kotak) 
  • Bolehlah dihias dengan lebihan buah-buahan. (Jika suka)
  • Dinginkan sebelum dihidang

*Saya tak masukkan buah kedalam adunan kastard, tapi just tabur buah ke atas kastard yang telah separa mengeras didalam bekas sebelum dituang jelly
*Boleh juga guna buah-buahan segar, nata de coco dan bahan-bahan lain yang difikirkan sesuai. 
*sila ikut kreativiti masing-masinglah nak menghias

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kerepek Ubi Kayu

Rendang Daging Noxxa

Suci Dalam Debu