Masak Lemak Ikan Temenung Dan Nenas

Mengambil kesempatan kepulangan suami kekampungnya (Gulau), maka saya dan anak-anak turut pulang ke kampung saya..he he. (Teringin gak nak sebut kampung tu...Padahal kampung kita seberang sana tu aja. Area Taman Mahsuri gak... ke ke)

Seronok sesekali dapat bermalam dirumah mak dan abah. Adik-adik yang berdua tu pun balik bercuti, riuh rendah lah sikit rumah. Mana lagi dengan gelagat anak-anakku yang tiga orang tu. Jenuh nak melayan.

Sesekali berkumpul boleh lah merasa masakan mak (the best in the world). Memang best... So, mari kita layan apa menu yang telah dihidangkan...

Ikan temenung (kembung) masak lemak dengan nenas. Feveret dish saya ni...
Selalunya kalau ada nenas dan ikan temenung inilah masakan yang menjadi pilihan. Gandingan ikan dengan nenas dimasak lemak ni memang sangat menarik. Rasanya pun sedap. Resepinya :

Masak Lemak Ikan Temenung Bersama Nenas
By Shikin

Bahan-bahan 
4 ekor Ikan temenung (kembung)
1/2 biji Nenas (dihiris nipis)
4 cawan Santan (1 cawan pati, 3 cawan santan cair)
5 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 inci halia*
5 biji cili merah* (bahan-bahan bertanda * dikisar halus)
1 sudu teh serbuk kunyit
2 batang serai diketuk


cara-Cara
-masukkan santan cair , nenas, serbuk kunyit, bahan-bahan kisar beserta serai didalam periuk. renehkan sehingga bahan-bahan kisarnya mesra.
-masukkan ikan dan pati santan, renehkan lagi
-kacau sentiasa supaya santan tidak pecah minyak
-perisakan dengan garam 
(tidak perlu masukkan asam keping kerana nenas akan mengeluarkan rasa masamnya yang tersendiri)

Sambal tumis ikan nyok-nyok.Yang ni pun best jugak. Siap ratah-ratah ikan tu...
Lala masak tumis air
Kerang rebus dicicah dengan sambal kicap.
Sedapnya makan...berebut-rebut lagi tu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kerepek Ubi Kayu

Rendang Daging Noxxa

Suci Dalam Debu