Mencari-cari
Saya sedang mencari-cari satu lagi peralatan penting untuk melengkapkan koleksi peralatan memasak saya. Apa benda tu?? Saya nak cari mixer.
Masa blogwalking kat blog-blog masakan, ramai yang menyebut/mencadangkan jenama Kenwood dan juga Kitchen Aid. Heh..heh..rakyat marhen macam saya (yang setakat shopping kat Yawata, Aneka jauh sikit pun mungkin ke Giant atau Tesco) mana lah pernah tengok secara live bendalah tu.
So, apalagi...minta ehsan daripada pak cik gugel jelah jawabnya. Mujur ada... Makasih ye pak cik gugel. Tumpang copy gambar...
Kat atas ni brand Kitchen Aid. Memang cantik, menarik, tertarik...da bomb.Saya suka tengok...ada style he he. macam yang chef-chef dok guna dalam rancangan masakan kat tv tu.. Saya perhatikan mixer jenama KA ni penuh dengan gaya elegan. Nampak mewah. Dan ia hadir dalam bentuk multicolour. So, kita boleh pilih warna yang kita berkenan. Kalaula ada satu kat dapur saya, fuhh...mesti semangat saya nak mencuba pelbagai resepi semakin berkobar-kobar.
Yang kat bawah ni pula jenama Kenwood.
Kalau tengok mixer brand KW ni lebih kepada ciri-ciri futuristik. Tidak banyak pilihan dari segi warna kalau ikut gambar-gambar yang pak cik gugel kasik pinjamlah. Pilihan warna yang ada putih, kelabu dan silver. Tapi produk memang mantop dan tip top.
Dari segi luaran saya lebih suka KA, sebab nampak comel gitu...he he. Tapi dari segi kualiti, kecekapan, saya tak pasti yang mana lebih baik. (sebab saya x penah guna :P)
Wah...dah melalut-lalut la pulak saya ni... Komen bagai...itu, ini macam tau sangat. Apapun semuanya pandangan perbadi saya saja ye....
Dapat ke tidak jenama mixer di atas hanya masa yang akan menentukan. Kena tengok kemampuan sendiri ye. Sebenarnya minta suami belikan, jadi terpulang kepada dialah mana yang nak dipilih. Harga mixer KA dan KW ni pun boleh tahan, dekat setengah bulan gaji tu...
Kalu beli untuk tujuan lain, bisnes katakan, memang berbaloi sebab pulangannya tentulah lumayan. Kalau setakat nak guna sekali-sekala macam saya ni boleh riki jenama-jenama lain kot.
Mungkin jenama yang dibawah ni sesuai untuk main masak-masak di dapur kecil saya tu...
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Mixer daripada Panasonic dan Pensonic ni rasanya memang mampu milik. Dari segi harga sangat berpatutan dengan kualiti yang sesuai untuk kegunaan isi rumah. Hmmm...apa-apa hal pun tengok ajelah nanti mana yang menjadi pilihan. :)
wah...bagusnya dpt mixer KA....kzie pun nak 1...(kat rmh xde pun mixer....ada alasan xyah wat kueh or benda payah or etc..hihihiii) syikin beli, leh buat kuih, kasi terima order dari kzie ....
BalasPadamk.zie...ntah bila impian kan jadi nyata... berangan jer tu nak mixer KA bagai. rasa-rasanya gambor yang paling last tu kot jd pilihan. he he. amek order??? he he ampuuunnn...
BalasPadam