Kerutub Daging


Akhirnya...Tercapai jugak hajat nak masak kerutub. Daging ni dibeli oleh en. suami masa pergi pasar malam hari khamis. Daging yerr...isi sahaja, tak dak tulang. Tu yang melompat-lompat seronok tu. Ada peluang nak bereksperimen dengan rempah kerutub  yang dah berbulan dalam simpanan.

Macam biasa, sebab sesi memasak hujung minggu (Jumaat) berlangsung kat kampung, bahan-bahannya apa yang ada lah. Kerutub daging ni sedap rasanya, nak-nak pulak bila dimakan dengan nasi panas-panas. Fuhh...terangkat. 


Sengaja saya pekatkan kuahnya supaya bersalut gitu. Kalau dapat cicah dengan ketupat atau lemang pun sodap nih... 

Resepi kat bawah yerrr...

KERUTUB DAGING
By Shikin @ Dari Dapur Ummi

Bahan-Bahannya
1kg daging
2 ulas bawang putih - dimayang halus*
4 ulas bawang merah - dimayang halus*
1/2 inci halia - dihiris memanjang*
sedikit bunga lalang, kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga*
daun kari*
rempah kerutub (dibancuh dengan sedikit air) - rempah ni saya beli masa lawatan ke pantai timur hari tu
4 cawan santan - diperah daripada sebiji kelapa
ubi kentang - dipotong 6
bawang bombay - dipotong 6
minyak untuk menumis

Cara membuatnya
- panaskan minyak, tumis bahan-bahan yang bertanda * sampai naik bau dan kekuningan
- masukkan rempah kerutub, kacau sentiasa supaya rempah tidak hangus, biar sehingga pecah minyak
-masukkan daging (daging akan mengeluarkan airnya sendiri) kacau sentiasa sehingga air daging kering dan rempah nampak garing
-masukkan santan, dikacau lagi
-masukkan kentang dan bawang bombay
-renehkan sehingga kuah pekat ( kalau nak kuah cair, tak perlu reneh terlalu lama)
-perisakan dengan garam dan gula(optional), saya letak garam jer...
- sedia untuk dimakan

Rempah kerutub ni boleh juga dimasak dengan ayam. Boleh juga dimasukkan bahan-bahan lain seperti cili hijau, tomato dsbgnya mengikut citarasa anda..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kerepek Ubi Kayu

Rendang Daging Noxxa

Suci Dalam Debu