Murtabak Maggie

Salam pagi Jumaat yang mulia.

Lepas subuh tadi suami bergegas pulang ke kampung menemui anak-anak getahnya yang terchenta. Tinggal saya dengan anak-anak je kat rumah. Big boss tak dak, jadi hari ni mem besar yang berkuasa ya. 

Masak-masak hari ni pun simple-mimple. Sekadar nak memenuhi selera anak-anak bukan susah. Pagi ni saya buat murtabak maggie aja.


Mudah dan anak-anak pun suka. Selesai satu menu untuk breakfast. Resepi boleh ambik kat bawah ni.

MURTABAK MAGGIE
by Shikin @ Dari Dapur Ummi

Bahan:-

1 bungkus Maggie kari
1 biji telur
1 ulas bawang besar - potong dadu
1 tangkai cili merah - cincang
Daun sup, daun bawang
Nugget - potong dadu
Sedikit minyak

Cara :-
  1. Celur Maggie sampai kembang - toskan
  2. Pecahkan telur dalam bekas, masukkan perencah maggie, kacau sebati
  3. Masukkan bawang, daun sup dan daun bawang,cili merah serta nugget, kacau rata
  4. Bakar di atas kuali leper (letak sedikit minyak) sehingga masak
  5. Hidangkan bersama sos

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kerepek Ubi Kayu

Rendang Daging Noxxa

Suci Dalam Debu