Lauk simple...
Masak simple-simple jer petang ni. Bukannya apa, sampai rumah pun dah dekat pukul 6. Bukannya boleh terus ke dapur. Nak kena urus diri dulu, mandi sembahyang. kena juga ada masa untuk ulik anak-anak. Paling awal pukul 6.30 baru boleh masuk dapur. Dengan masa yang terhad memang lauk-lauk simple yang mudah dimasak menjadi pilihan.
Jenguk dalam kabinet nampaklah tin sardin ni. Sardin pun ok gak apa. Sedap dimakan bersama nasi. Menu saya petang ni sardine masak kicap dan juga telur dadar bermayonis. Alhamdulillah, suami dan anak-anak makan dengan berselera sekali.
Macam tu lah selalunya, kalau hari berkerja memang saya akan usaha untuk memasak, walaupun yang sesimple mungkin. Kerana saya percaya air tangan isteri/ummi adalah pengikat kasih suami dan anak-anak.
Layan gambar kat bawah...
Sardine masak kicap |
Telur Dadar Bermayonis |
Jenama sardine yang saya gunakan...keluaran bumiputera |
Ulasan
Catat Ulasan