Siakap bersos plum

Pagi tadi ke nat Tok Jalai bersama suami beli barang-barang dapur. Masa jeling-jeling ikan nampaklah ikan siakap. "Hmm...masak ikan siakap pun best ni" hati berkira-kira. Saya pun menjeling suami sambil berkata "siakap bang". Pilih punya pilih dapatla 4 ekor ikan siakap yang sederhana besarnya. Dalam kepala duk terbayang-bayang nak masak ikan siakap dengan sos plum. 

Sambil tu saya beli juga udang (cadangnya untuk masak goreng kunyit) dan sayur-sayuran.


Ikan siakap ni saya goreng saja, kemudian dituang sos keatasnya. Memang sedap dimakan dengan nasi panas-panas. Ratah saja pun sedap. Untuk resepinya:

Ikan siakap 
- Dilumur dengan garam dan ditaburkan sedikit tepung serbaguna. Kemudian goreng dalam minyak yang banyak sehingga garing

Sos
3 ulas bawang putih (dicincang)
2 ulas bawang holand ( dipotong baji)
2 tangkai cili merah ( dihiris)
4 tangkai cili padi (dihiris) - tambah jika nak lebih pedas
1/2 cawan sos cili thai
1/2 cawan sos plum
1/2 cawan sos tiram
garam dan gula secukupnya
minyak untuk menumis
daun sup dan daun bawang untuk hiasan

-panaskan minyak
-tumis bawang putih hingga naik bau
-masukkan bawang holand. kacau hingga layu
-masukkan semua jenis sos,kacau ,tunggu sehingga pecah minyak
-perisakan dengan garam dan gula
-tambah sedikit air jika tidak mahu sos terlalu pekat
-tuangkan sos ke atas ikan yang telah digoreng
-taburkan daun sup dan daun bawang
-sedia untuk dihidangkan

Udang goreng kunyit
Sup cendawan bersama tauhu dan suhun

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kerepek Ubi Kayu

Rendang Daging Noxxa

Suci Dalam Debu