Maggie Bandung


Amboiii...bertuah punya isteri/ummi... Hmm...masak maggie jer petang ni. Bukannya apa, sekali-sekala makan fast food ok gak kan. Masakan segera ni selalunya jadi pilihan ketika waktu2 kritikal atau pun ketika dah tak tau nak makan apa. Sesekali layan maggie ni best gak.

Selalunya bila masak maggie ni saya akan tambah beberapa bahan untuk menambahkan ummpphhnya. Tu, masa ghajin lerrr.. he he. Kalau datang sheikh tak rajin tu, pakai original jerr..rebus...5 minit siap.

Untuk resepi maggie bandung :

MAGGIE BANDUNG
By Shikin

Bahan-Bahan
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
sedikit ikan bilis
2 sudu besar cili kisar
batang saleri (potong halus)
1biji tomato (belah enam)
2 biji telur
1 biji karot
sawi 
air secukupnya
minyak untuk menumis
2 bungkus Maggie Kari 

Cara-cara membuatnya :
-panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau
-masukkan ikan bilis, kacau hingga kekuningan
-masukkan cili kisar, kacau lagi sehingga cili garing dan pecah minyak
-kecilkan api, masukkan perencah maggie ( saya guna sebungkus saja), sentiasa kacau untuk mengelakkan bahan tumisan hangus
-masukkan air secukupnya, letakkan batang saleri, karot dan sawi
-apabila kuah mendidih, pecahkan telur, biar seketika
-masukkan mee, kacau seketika, angkat dari dapur
-sedia untuk dimakan

Hmmm...sedap ni
Aiman memang suka sangat la kalau ummi masak maggie
Deena pun pulun, maggie original jerr untuk budak-budak ni

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kerepek Ubi Kayu

Rendang Daging Noxxa

Suci Dalam Debu