Ketupat Palas

Ketupat palas ni menu wajib pada hari raya bagi orang-orang utara. Tapi saya tak berapa pandai nak membuatnya. Emak saya pun jarang buat sendiri ketupat ni. Biasanya kami tempah daripada jiran-jiran.

Dulu masa arwah emak mentua masih ada, bab nak membalut ketupat serah aja kepada dia. Saya tolong sikit-sikit bolehlah. Tu pun kadang-kadang jadi ketupat galas, tak pun ketupat betina. Last-last saya surender...

Tapi bila dia dah tak ada saya usahakan juga membalut ketupat palas ni. Walaupun tak perfect mana, setakat nak makan keluarga sendiri...bolehlah... 

Dan untuk AidilAdha baru-baru ni bersama-sama emak, saya berjaya balut 2kg ketupat palas... Wow...unsangkarable sungguh... Hendak seribu daya kannn...


Ketupat Palas

Bahan-Bahannya
1kg pulut
1kg santan
Garam 
Daun Palas secukupnya

Cara-Cara
  1. Kacau pulut bersama santan dan garam secukup rasa di dalam kuali sehingga separuh masak.
  2. Apabila pulut telah sejuk, balut dengan daun palas.
  3. Masukkan ketupat yang siap dibalut dalam rice cooker.
  4. Isikan air sehingga 3/4 daripada kuantiti ketupat.
  5. Masak sehingga airnya kering (semasa memasak pastikan ketupat dialih-alihkan kedudukannya, supaya ia masak sekata) 
  6. Sedap dimakan dengan rendang atau pun gulai.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kerepek Ubi Kayu

Rendang Daging Noxxa

Suci Dalam Debu