Laksa Kedah


Tiba-tiba rasa nak buat laksa. Tu pun sebab berlambak stok ikan temenung yang ada dalam peti ais. Nak goreng buat lauk pun rasa tak berapa best sebab dah banyak hari. So, eloklah kalau dibuat laksa.

Sebenarnya ini kali pertama saya buat laksa my self. Walaupun saya ni orang Kedah, laksa bukanlah feveret dish kat rumah saya. Kalau ada kami makan, tak der pun tak per. Biasanya kalau nak makan kami beli jer. Tu yang tak pernah buat sendiri.

Masa bujang dulu selalulah tengok kawan-kawan masak laksa. Tapi nak buat sendiri masa tu rasa macam tak der 'zouq'. Tak tau kenapa. Mungkin kerana saya bukan hantu laksa kottt... Sebab tu saya ok jer bila mak suruh saya berpantang laksa selama setahun selepas melahirkan anak.

Tapi, saya memang menyimpan keinginan membuat sendiri laksa untuk keluarga saya. Jadi inilah masanya...

Nak buat kuah laksa pun bukanlah susah sangat sebenarnya. Basicnya ikan, asam keping, cili bawang dan daun-daun seperti daun kesum dan bunga kantan. Tapi mungkin ada sesetengah resepi yang akan tambah bahan-bahan lain seperti udang geragau, otak udang dan sebagainya. Terpulanglah kepada citarasa masing-masing.

Yang saya buat ni tak der resepi khusus. Cuma berdasarkan pemerhatian bila kawan-kawan dan saudara mara masak kuah laksa. Saya olah sikit ikut kesesuaian bahan-bahan yang ada kat dapur saya. Dan saya tak masukkan belacan.


Laksa Kedah by Shikin

Bahan-Bahan

Laksa
1 bungkus Laksa (direbus sampai lembut dan ditoskan ) - saya lebih suka guna laksa yang halus jenisnya

Bahan Hiasan (secukupnya)
Daun Selom/Salad - dihiris
Timun - dihiris memanjang
Bawang Besar - dimayang halus
Cili Padi -dihiris
Telur - direbus

Kuah Laksa
1kg ikan kembung
20-30 tangkai cili kering - ikut kepedasan yang diinginkan
2 biji bawang besar
10-15 keping Asam Gelugur (Asam keping)  - ikut kadar  kemasaman  yang di suakai
Daun selom
Bunga kantan - di belah 4
Garam secukup rasa

Cara-Cara Membuatnya
  1. Rebus ikan bersama sedikit asam keping sehingga masak
  2. Asingkan isi ikan daripada tulang. Blend bersama air dan masukkan kedalam periuk.
  3. Tulang ikan jangan dibuang. Blend bersama air rebusan tadi sehingga hancur. Tapis dan masukkan kedalam periuk.
  4. Masukkan cili kering dan bawang besar yang telah dikisar. Tambah air secukupnya. (Ikut kadar kepekatan kuah yang dikehendaki)
  5. Masukkan asam keping, daun selom dan bunga kantan.
  6. Masak sehingga kuah mendidih. Perlahankan api dan masak selama 1 jam.
  7. Masukkan garam secukup rasa.
  8. Kuah yang telah masak bolehlah dituang kedalam mangkuk yang telah diisi laksa serta ulam-ulamannya.

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kerepek Ubi Kayu

Rendang Daging Noxxa

Suci Dalam Debu