Crispy Roti Pocket

Lama duk intai resepi Crispy Roti Pocket ni. 

So pagi ni try  buat untuk breakfast. Dah ala2 kebab gitu.. 

Ikut cara k.nor, saya sapu telur guna berus sebelum tabur dengan serbuk roti. Memang betul, lebih crispy dan menjimatkan. Tak guna banyak telur. 1 biji pun tak habis.

Inti pula saya buat cara saya sendiri. Just cincang sandwich patty Ayamas, goreng dalam pan bersama bawang besar yang didadu dan cili sos. 

Inti yang dah masak dimasukkan kedalam roti pocket, serta dipicit dengan cheezy mayo dan tambahan cili sos kalau nak rasa lebih pedas.



Crispy Roti Pocket
By Shikin
resipi : K.Nor@SecubitGaram
sumber : MamaZieza, Sofea@after6am

Bahan2 :
10 - 12 keping roti sandwich (gardenia)
1 biji telur
serbuk roti/breadcrumbs secukupnya ~ k.nor guna white breadcrumbs
sos cili
minyak untuk menggoreng


Bahan inti:
2 keping daging burger oblong RAMLY ~ k.nor guna daging ayam
1/2 batang lobak merah ~ dihiris panjang spt bantang mancis
sedikit kobis ~ dihiris nipis
1/2 biji bawang merah ~ dihiris nipis
1 biji cili merah ~ dicincang/hiris nipis
3 tangkai daun sup ~ dihiris
2 sudu besar mayonis
1 sudu besar serbuk lada hitam
secubit garam

Cara2:
Goreng daging burger tanpa minyak hingga masak.
Hiris nipis dan panjang daging burger yg dah masak tadi.
Masukkan kedalam sebuah bekas/mangkuk besar.
Masukkan lobak merah, kobis, bawang besar, cili merah dan daun sup. Gaul.
Masukkan pula mayonis, serbuk lada hitam dan garam. Gaul lagi hingga sebati. Ketepikan

Canai/gelek roti dgn kayu penggelek/rolling pin (tanpa buang kulit tepi) hingga nipis hingga habis.
Susun bersama 2 keping roti tadi dan tekap dgn bekas bulat (samada bekas air, acuan bulat yg sepadan dgn saiz roti). Buat hingga habis.
Dengan menggunakan berus, sapu telur yg dah dikocok pada keseluruhan roti.
Kemudian salutkan roti td dgn breadcrumbs hingga rata.
Goreng roti dlm minyak yg dah dipanaskan hingga keemasan. Angkat dan toskan. Insyaallah roti akan mengelembung ketika menggoreng.
Dengan menggunakan pisau yg tajam, potong 2 roti tadi.
Ambil sedikit inti tadi dan isikan ke dalam roti tersebut.
Buatlah sehingga habis.
Hidangkan atas pinggan dan picitkan sedikit sos cili utk menambah keenakkannya..

* kaedah menyapu telur dgn menggunakan berus boleh memberi rasa yg lebih crispy pd roti berbanding dgn cara mencelupnya direct ke dalam telur. (telur juga lebih jimat, tak abis 1 bj pun)
** Minyak jgn terlampau panas, nanti roti akan menggelembung dgn agak besar (takut roti tu pecah atau crack). Api biar sedang2 jer..
*** lebihan inti boleh dibuat sandwich atau dimakan dgn croissant.

Ulasan

  1. Sedapnye. Thanks for sharing resepi.. Esok nk try buat la utk minum petg..

    BalasPadam
  2. Sedapnye. Thanks for sharing resepi.. Esok nk try buat la utk minum petg..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kerepek Ubi Kayu

Rendang Daging Noxxa

Suci Dalam Debu