Catatan

Roti Bakar Dengan Kacang Phool

Imej
Mmmm...akhirnya, Roti bakar dengan kacang phool ni bertandang juga ke dapur saya...  Alhamdulillah suka dengan resepi ni. Memenuhi selera suami dan anak-anak. Sebuku roti benggali hadap sepetang jerr...  Komen juri tetap ~ mabelesss..  Lepas ni tak yah la tunggu sampai JDT semata2 nak makan bendalah ni. Kat rumah pun boleh makan. Homemade pulak tu... Kalau tak silap ambik resepi ni dari dapur Cendana kasih. Tumpang tempek pulak resepi tu kat sini ya... Kacang Phool Resepi : Pak Haji Bahan-Bahan 1 tin kacang phool 1kg daging dikisar 1 kg bawang merah - kisar 2 labu bawang putih - kisar 1sdt jintan manis - digoreng tanpa minyak dan dikisar 1 sdt jintan putih - digoreng tanpa minyak dan dikisar 1 sudu kecil ketumbar - digoreng tanpa minyak dan dikisar 1 inci halia - dikisar 1 cawan air Sedikit minyak @ planta untuk menumis Garam dan gula secukup rasa Cara-cara Tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau Masukkan da...

Kek Coklat Kukus Mudah...Again...n again...

Imej
Kek ni saya buat masa raya hari tu. syawal pun dah habis tp baru masuk entry ya... Biasalah... Rasanya saya dah stick dengan resepi kek yang satu ni.  Sumber drp mana saya pun dah lupa. Tapi seingat saya saya copy resepi2 yang ditempek dalam yahoogroups. Mungkin sender email tu copy dari blog atau forum yang lain. Tapi tak diletakkan sumber yang asal. Apa2 pun, walau siapapun pemilik asal resepi kek ni timakasih bebanyak, kerana resepi ni telah berjaya memikat hati semua ahli keluarga saya. So yummy...so delicious... :) Resepi boleh tengok kat sini @ pun kat sini .

Kacang Panjang Goreng Dengan Sotong

Imej
Biasa goreng sayur ni sama ada guna ikan bilis ataupun udang sebagai perencahnya. Tapi tengok dalam peti ais ada saki baki sotong yg ntah bila tahun punya tah .  Sotong tu kalau nak buat sambal konfom tak cukup. Ada pun sejemput jer...  So goreng jer dengan kacang panjang. Habis cerita... Kacang Panjang Goreng Dengan Sotong By Shikin Bahan-Bahan 1 ikat Kacang panjang - potong menyerong 5-6 ekor Sotong - hiris bulat Cili Kisar 2 ulas Bawang Merah - mayang halus 1 ulas Bawang Putih - mayang halus 1 biji Bawang Besar - potong bulat Garam dan gula secukup rasa Minyak untuk menumis Cara-Cara Panaskan minyak. Tumis bawang merah dan bawang putih sambai naik bau. Masukkan cili kisar. Apabila  cili agak garing, masukkan sotong. Selepas seketika masukkan pula kacang panjang. Gaul sebati. Masukkan pula hirisan bawang besar. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Kalau semua dah cukup rasa boleh lah padamkan api dan hidang. ...

Segalanya ikan...

Imej
Menu weekend baru-baru ni. Semuanya ikan. Tom Yam Putih Siakap - resepi kesukaan keluarga. Sedap dihirup kuah tom yam yang masam2 pedas tu. Fuh! Berpeluh2 dibuatnya. Resepi boleh tengok kat sini . Siakap Masam Manis - yang ni pun suami ngan anak2 suka. Siap ratah2 lagi. Nak2 kalau garing ikan tu masih terasa. Sebab tu kalau buat siakap masam manis ni saya suka hidang masa tu juga. Maksudnya lepas goreng, tuang sos terus disantap. Memang best!!! Resepi tengok kat sini yerrr...

Dadih Sedap Coffeemate

Imej
Dadih ni kalau buat selalu pun laku. Letak jer dalam peti ais tu. Nanti adalah 2 makhluk halus ni jalankan kerja depa. Sapa lagi yang rajin selongkar peti ais kalau bukan Deena dan Nuha. Bab cari benda2 yang tersembunyi depa memang terer.... Masih menggunakan resepi dadih yang saya buat sebelum ni. saya letak resepi tu sekali lagi disini. DADIH SEDAP COFFEEMATE By Shikin Sumber : Yatie Memories Bahan-bahan ( 20 cup kecil ) 10gm agar2 serbuk 1 1/2 cawan gula pasir 3 liter air (dlm 12 cwn) 200 gm Coffemate Creamer 1 tin susu sejat/ cair Perisa jagung, perisa strawberry , perisa pandan dan perisa keladi CARA-CARA Dalam periuk yg bersih,masak air, agar2 serbuk dan gula sampai mendidih.Kacau rata. Perlahankan api dan masukkan creamer coffeemate dan kacau sampai creamer larut. Tuangkan susu cair dan kacau sebati. Kacau hingga hampir mendidih dan tutup api. Bahagikan kepada beberapa bahagian mengikut citarasa yg di kehendaki. Saya bahagikan pada 2 b...

Bihun Goreng...My Style...

Imej
Ini antara menu yang paling mudah disediakan untuk tetamu yang datang berkunjung.  Bihun Goreng By Shikin Bahan-Bahan 1 peket bihun - rendam sampai lembut dan toskan 2 biji telur - goreng hancur, ketepikan 3 ulas bwg putih - diketuk/dicincang 1 senduk cili kisar 3 sdb sos cili 2 sdb sos tomato 1 sdb sos tiram 2 sdb kicap ayam fishball sawi  taugeh garam gula secukupnya minyak air Cara-cara Panaskan minyak. Tumis bawang putih sampai berwarna kekuningan. Masukkan cili kisar, sos cili, sos tomato, sos tiram dan kicap. Kacau sampai pecah minyak.  Masukkan pula ayam dan fishball. Kalau bahan tumis agak kering bolehlah tambah dengan sedikit air. Masukkan juga garam dan gula secukupnya. Kemudian masukkan bihun. Gaul sebati. Taburkan telur yang telah digoreng. Tabur juga sawi dan taugeh. Teruskan menggoreng sampai taugeh dan sawi masak sekata. Padamkan api. Sedia untuk dihidang.

Mee Goreng Udang

Imej
Suka Aiman bila tengok udang besar2 cam tu dalam pinggan. Feveretla katakan.... Mee Sanggul Udang By Shikin Bahan-Bahan 1 bungkus mee  2 biji telur - goreng hancur 3 ulas bawang putih ~ diketuk 3 sudu besar pes cili* 3 sudu besar sos tomato* 1 sudu besar kicap* (penggunaan bahan-bahan * ni ikut citarasa masing2lah. kalau nak pedas lebihkan cili, nak lebih hitam lebihkan kicap)  Garam dan gula secukupnya 300gm udang sederhana besar Air (kalau perlu) Sawi Sdikit minyak utk menumis Cara-cara Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih sampai naik bau. Masukkan cili pes. Kacau sampai garing. Masukkan sos cili dan kicap. Kacau sebati. Masukkan juga gula. Rasa kuahnya, kalau kurang masin bolehlah tambah garam. Apabila kuah dah cukup masak masukkan udang. Gaul sebati. Kalau kuah agak pekat bolehlah tambah air secukupnya. Masukkan mee sanggul. Kacau rata supaya mesra dengan kuah.  Masukkan sawi. Goreng sampai mee cuku...